Terengganu, Malaysia
Kenyataan Media

Tun Abdul Rahman Ya’kub Seorang Pemimpin Berjiwa Rakyat

tun rahman meninggal

Tun Abdul Rahman bin Ya’kub (3 Januari 1928 – 9 Januari 2015) merupakan Ketua Menteri Sarawak ketiga dan Yang di-Pertua Negeri Sarawak keempat. Dia digantikan sebagai Ketua Menteri oleh anak saudaranya Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud. Beliau berketurunan Melanau.

tun-abdul-rahman-yakubSeorang yang sentiasa perihatin akan masalah rakyat serta suka membantu dengan memberi sumbangan kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Beliau merupakan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. Beliau juga banyak membantu penduduk miskin yang tidak memiliki rumah sendiri dengan memberi kemudahan tempat tinggal seperti yang terdapat di Piasau Jaya, Lembah Hijau dan lain-lain kawasan di Miri semasa beliau menjadi Ketua Menteri Sarawak.

Sekarang ini sukar untuk rakyat dapat memiliki rumah sendiri akibat harga rumah yang terlalu mahal dan sukar untuk dimiliki oleh rakyat miskin.

Kematian beliau merupakan satu kehilangan yang besar bagi rakyat Sarawak. PAS Sarawak dan rakyat Sarawak terasa kehilangan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan kita juga berharap agar ada lagi seorang pemimpin yang berjiwa rakyat seperti beliau yang sentiasa perihatin akan masalah rakyat.

PAS Sarawak ingin merakamkan ucapan takziah atas kematiannya, Semoga Allah meletakkan rohnya bersama dengan roh orang-orang soleh.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan