Terengganu, Malaysia
Kenyataan Media

Banjir; Arahan Presiden Kepada Semua Ahli PAS

abdul hadi banjir

Banjir besar yang sedang kita hadapi ini, terutamanya di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak serta beberapa negeri yang lain adalah satu ujian yang sangat berat dari Allah SWT kepada kita. Kemusnahan harta benda, rumah tempat berlindung, peralatan persekolahan, kekurangan bekalan makanan; semuanya adalah ujian berat yang sedang kita hadapi.

Tugas yang lebih berat di hadapan kita waktu ini ialah cabaran pasca-banjir yang menuntut setiap dari kalangan ahli parti untuk turun ke medan bagi membantu mangsa dan rakyat yang memerlukan bantuan kita.

Sehubungan dengan itu, saya meminta seluruh ahli PAS di berbagai peringkat, muslimin dan muslimat, anggota Jabatan Amal dan lain-lainnya untuk memanafaatkan masa hujung minggu dan awal tahun ini untuk turun membantu dengan sepenuh daya yang mungkin. Dalam masa yang sama sumbangan barangan keperluan, kewangan dan tenaga perlulah diteruskan.

Pihak Bilik Penyelarasan Maklumat dan Bencana Banjir MEDM PAS Pusat sedang bertindak menyelaraskan gerakerja dan mengumpulkan dana untuk mangsa banjir. Pihak MEDM juga akan memberikan arahan-arahan khusus kepada setiap ahli parti dalam melaksanakan tugas ini supaya ianya akan lebih tersusun dan menyeluruh.

DATO’ SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
PRESIDEN PAS
11 Rabiul Awal 1436H/ 2 Januari 2015

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan