DPPNT dengan diketuai oleh Ustaz Kamaruzzaman Abdullah telah selesai menyempurnakan misi ke 3 bantuan untuk Kemaman dan Dungun pada sebelah pagi ini, Ahad 28 Disember 2014. Pada hari ini, sumbangan bekalan telah diserahkan di pos bekalan banjir Bukit Besi dan Paka. Serta sedikit sumbangan kewangan telah diserahkan kepada DPPK Hulu Terengganu, Kemaman dan Dungun.
DPPNT akan melancarkan misi bantuan pada 29 Disember 2014, Isnin ke Kelantan Darul Naim. Misi persaudaraan ini akan digerakkan ke Kelantan pada jam 8.00 pagi esok di Pekan Batu 6 sebagai misi pertama DPPNT ke Kelantan.
Bagi merancakkan sokongan bantuan, pihak DPPNT menyeru masyarakat dermawan untuk menghantar keperluan bekalan segera seperti roti, biskut, maggi, makanan dalam tin seperti sandwich tuna dan seumpamanya. Keperluan harian seperti lampin bayi, tuala wanita dan lain-lain yang difikirkan sesuai juga diperlukan. Keperluan bayi dan kanak-kanak seperti set botol susu dan susu kanak-kanak juga antara yang diperlukan segera. Selimut, kain sarung, kain batik juga dialu-alukan untuk serahan.
Sehubungan dengan itu, pihak DPPNT menyeru semua lapisan masyarakat yang prihatin untuk salurkan barangan yang dicadangkan ini di lokasi pusat pengumpulan sumbangan mangsa banjir di lokasi berikut :
1. Pekan Batu Enam, Kuala Nerus
2. Masjid Pengadang Baru
3. Simpang Tok Ku Chabang Tiga
Pihak DPPNT juga mengalu-alukan sumbangan kewangan untuk membeli barangan yang diperlukan segera ini dan juga bekalan ubat-ubatan melalui akaun Maybank, Dana Taawun DPPNT (563064113873).
Kami berharap, menjelang pagi esok kunjungan barangan sumbangan ini akan berada di lokasi yang dimaksudkan untuk dibawa oleh team anak-anak muda Terengganu ke Kelantan Darul Naim.
Jazakumullahu khairan kathiraa.
Yang benar,
Y.B Hishamuddin Abdul Karim
Pengarah Operasi Banjir DPPNT
Timbalan Ketua DPPNT
28 Disember 2014
016-2115591




























