Kemaskini Kes Saman Bekas Calon PKR : Presiden PAS Menang!

2182

Kemaskini – Mahkamah mendapati Ustaz Abdul Hadi Tidak Memfitnah

KUALA TERENGGANU – Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu yang bersidang hari ini memutuskan tuntutan saman bekas calon PKR DUN Bukit Besi Mohd Shamsul Mat Amin keatas Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ditolak dengan kos.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa dalam penghakimannya berkata, kenyataan pihak defendan berkait calon pada pilihan raya umum lalu adalah bersifat umum dan tidak langsung menyebut nama plaintif.

“…….sebagai Presiden PAS dan ahli Majlis Presiden PR, defendan memiliki ‘qualified priviledge’ utk memastikan calon-calon PR adalah berwibawa dan berkeperibadian tinggi.”

“kenyataan Defendan adalah bersifat umum dan langsung tidak merujuk kepada Plaintif. Laporan Kosmo juga tidak menyebut langsung nama Plaintif tapi laporan hanyalah berdasarkan kenyataan umum Defendan atas kapasitinya sbg Presiden PAS,”ujarnya.

IMG-20141028-WA0047Justeru beliau memerintahkan Mohd Shamsul membayar kos RM10,000 kepada Ustaz Abdul Hadi yang juga Anggota Parlimen Marang.

Peguam yang mewakili Ustaz Abdul Hadi, Asmuni Awi berkata kepada pemberita, mahkamah menolak saman itu kerana Abdul Hadi selaku defendan diberikan perlindungan bersyarat oleh undang-undang dalam memberikan ucapan ataupun kenyataan atas kepentingan umum.

“Mahkamah mendapati kata-kata yang disebut Abdul Hadi dalam ucapannya pada malam berkenaan adalah sebagai kata-kata yang berunsur fitnah.

“Bagaimanapun, mahkamah memutuskan bahawa kata-kata itu tidak merujuk kepada pihak plaintif … pihak plaintif gagal membuktikan bahawa apa yang disebutkan itu memang sebenarnya merujuk kepada plaintif,” kata Asmuni

Mohd Shamsul selaku plaintif diwakili peguam A.Vasudevan hadir manakala Abdul Hadi tidak hadir pada prosiding mahkamah hari ini.

Berita sebelum ini;

Perbicaraan Presiden PAS; Saksi Plaintif Mengaku Tidak Menulis Berita Berkenaan

Sepatutnya Kes Melibatkan Presiden PAS Selesai

Kes Presiden PAS; Kegagalan Pihak Media Hadir Sebagai Saksi Amat Memalukan

Perbicaraan Kes Saman Presiden PAS Ditangguh Lagi

Sokongan kepada Presiden PAS; 1,000 Ahli dan Penyokong Berhimpun

Saksi Plaintiff Tidak Hadir; Perbicaraan Ditangguh Lagi!

Kes Calon PKR Bukit Besi: Presiden PAS Ikrar Afidavit

Penghakiman Ingkar Diketepikan Kerana Perintah Tidak Sempurna

Kes Saman Terhadap Presiden PAS Akan Selesai Pada 14 April Depan

Presiden PAS Belum Perlu Membayar Tuntutan RM2 juta

Presiden PAS Fail Notis Ketepikan Perintah Penghakiman Ingkar

PAS Yakin Ketepikan ‘Perintah Penghakiman Ingkar’