Terengganu, Malaysia
Kenyataan Media

Perlombongan Bijih Besi; Jawapan Terbaru MB Lebih Mengelirukan!

Perlombongan Bijih Besi; Jawapan Terbaru MB Lebih Mengelirukan!

Saya merujuk kepada kenyataan media YAB Menteri Besar Terengganu yang saya petik dari laman berita Teganukita yg dikendalikan oleh unit komunikasi negeri berhubung isu perlombongan bijih besi di Bukit Besi.

Saya dapati lebih banyak keraguan timbul dengan kenyataan tentang jumlah bijih yang dikeluarkan bagi tahun 2013 dan 2014 serta bayaran 5% royalti untuk negeri.

Mengikut apa yang dipetik oleh agensi berita nasional BERNAMA pada bulan lalu, Menteri Besar memaklumkan jumlah pengeluaran bijih besi sekitar 600,000 tan bagi tahun 2013 dan 300,000 tan bagi tahun 2014. Bermaksud jumlahnya sekitar 900,000 tan. Juga diberitahu hasil royalti 5% bijih besi adalah RM1.6juta utk sejumlah lebih kurang 900,000 tan yg dikeluarkan itu.

Kelmarin dalam kenyataan media MB telah memberikan angka baru pula iaitu jumlah royalti 5% adalah RM3.5juta termasuk RM2juta yang belum diterima untuk 1.4juta tan bijih besi yang dikeluarkan bagi tahun 2013 dan 2014.

Itu belum lagi ambil kira persoalan lain yang mungkin akan berbangkit tentang berapa pula untuk tahun tahun sebelum itu kerana terdapat laporan dari yg pernah keluar masuk berurusan dlm lombong bahawa bijih dah mula dikeluarkan sejak 2008 lagi.

isu bukit besiSehubungan itu, sekiranya kita gunakan ‘sifir’ kiraan 5% royalti untuk 1.4 juta tan bersamaan RM3.5 juta seperti kenyataan MB yang dilaporkan itu, Maka harga setan adalah seperti berikut;

1.4juta tan X Harga Setan X 5%royalti = RM3.5juta

Harga Setan = (3.5/1.4)÷5% =RM50 setan.

Nilai Tukaran Sekarang USD1=RM3.35

Maka Harga Setan dlm USD=RM50÷3.35 = USD14.9 setan

Mengikut carta pergerakan harga bijih besi 5 tahun terakhir harga tertinggi pernah dicatat adalah USD175 setan dan harga paling rendah sekitar USD70 setan.

Asalah tidak masuk akal kerajaan mengira royalti 5% berdasarkan harga USD14.9 sahaja setan?

Kaedah pengiraan royalt 5% bijih besi saya kira tak adalah jauh sangat bezanya dgn bagaimana kaedah pengiraan royalti 5% petroleum yg pernah ditunjukkan oleh Petronas kpd kerajaan negeri seperti terkandung dalam surat2 Petronas.

Berhubung apa yg didakwa bahawa CAA Resources sebenarnya ada mou melombong bijih besi di Kelantan, semakan terhadap akaun tahun 2013 CAA memang ada dinyatakan sedang berusaha berunding dengan pihak2 sebagaimana dinyatakan oleh MB dalam catatan nota kepada akaun mereka ketika itu.

Namun demikian Akaun Interim berakhir 30Jun 2014 setebal 37 muka surat CAA Resources yg dikemukakan sbg dokumen awam di Bursa Saham Hong Kong tidak lagi menyebut apa2 urusan tentang itu. Tiada wang terlibat sama ada pada nota kpd akaun mahupun dalam akaun sendiri. Maka dengan sendirinya ada kemungkinan urusan berkenaan tidak terlaksana.

Sebaliknya bagi urusan dgn Capture Bukit Besi Sdn Bhd, bukan shj dinyatakan sejumlah USD15.1juta telahpun dibayar bagi tujuan itu pada nota komitmen, malah ditunjukkan angka berkenaan dalam akaun interim sebagai bayaran pendahuluan untuk tujuan tersebut.

Ini konsisten pula dgn akaun beraudit Capture Bukit Besi Sdn Bhd yg di Audit oleh Ernst & Young yg menunjukkan pergerakan sejumlah wang RM49juta.

CAA Resources dan Capture Bukit Besi Sdn Bhd dimiliki oleh orang yg sama, Li Yang yg membuat kenyataan kontroversi dalam The New York Post.

Saya fikir amatlah berfaedah dan lebih jelas jika pihak berkuasa khususnya SPRM yg menyiasat kes ini mendapatkan laporan beraudit Capture Bukit Besi Sdn Bhd bagi meneliti apa sebenarnya RM49 juta berkenaan. Orang awam tiada akses berkenaan kerana syarikat ini bukan syarikat awam.

Kerana saya tak fikir Li Yang menggerakkan dana berjumlah hampir RM50juta ke akaun berkenaan sekadar untuk suka suka sahaja.

Haji Ahmad Amzad Hashim
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI)

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan