Terengganu, Malaysia
Kenyataan Media

Ijtimak Tarbawi 4.0 : Seruan Kepada Semua Pemuda Islam, Hadir Beramai-ramai

Ijtimak Tarbawi 4.0 : Seruan Kepada Semua Pemuda Islam, Hadir Beramai-ramai

Alhamdulillah pada tahun ini, kami Dewan Pemuda PAS Malaysia berjaya untuk meneruskan program Ijtima’ Tarbawi yang telah kami mulakan daripada Ijtimak Tarbawi Kali Pertama yang diadakan di masjid Rusila, Terengganu pada tahun 2011 dan kali ini adalah kali yang keempat. yang in sha Allah akan diadakan di Pulau Pinang.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak pemuda-pemuda Islam daripada seluruh pelusuk negara, samada mereka yang tergolong dikalangan pendokong dan aktivis PAS di semua peringkat ataupun di kalangan anak-anak muda yang menyokong perjuangan Islam untuk sama-sama datang menjayakan Ijtimak Tarbawi yang akan diadakan pada 5, 6 dan 7hb Disember yang akan datang.

Ijtimak Tarbawi pada kali ini akan menyajikan pelbagai ‘hidangan tarbiyah’ kepada anak muda, samada yang berkait dengan ilmu pengetahuan yang berteraskan al-Qur’an dan as-Sunnah Nabi S.A.W ataupun yang berkait dengan semangat dan motivasi kepada anak muda untuk meneruskan perjuangan Islam di bawah wahdah Parti Islam Semalaysia.

Dan juga, di antara pengisian yang menarik ialah kita akan disajikan dengan pengisian daripada tokoh-tokoh veteran PAS yang akan memberikan kepada kita banyak pengalaman-pengalaman yang dilalui oleh mereka untuk dijadikan sebagai panduan kepada kita, kepada anak muda yang berada di dalam Parti Islam Semalaysia (PAS).

http://youtu.be/S4567AJGLdE

Juga, pengisisan pertama dalam Ijtimak Tarbawi pada kali ini sudah tentu pengisisan Tafsir al-Quran yang akan disampaikan oleh Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Haid Awang, Presiden PAS iaitu daripada Surah al-Fath yang kita pilih sebagai Surah tema pada Ijtima’ Tarbawi pada kali ini.

Dan juga ijtima’ Tarbawi pada kali ini bertemakan ‘Tarbiyah Teras Istiqamah’ sebagai menyahut seruan Ucapan Dasar yang disampaikan oleh Presiden PAS dalam Muktamar baru-baru ini iaitu ‘Terus Beristiqamah.

Jadi kita ingin menyatakan dan ingin mengaskan bahawa Dewan Pemuda PAS Malaysia menjadikan Tarbiyah sebagai teras kepada anak-anak muda dan ahli-ahli PAS secara umumnya terus istiqamah perjuangkan Islam bersama-sama bahtera Parti Islam Semalaysia PAS.

Akhirnya saya sekali lagi menyeru dan mengajak seluruh pemuda-pemuda Islam untuk sama-sama kita datang beramai-ramai bagi menjayakan Ijtima’ Tarbawi 4.0.

Sekian, Wassalam’alaikum.

Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi
Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan