Banjir; Seluruh ‘Armada’ Operasi Bantuan PAS Bersiap Siaga

1190

Dengan hujan yang turun secara berterusan semenjak pagi semalam dan kenaikan ketara pada paras air sungai-sungai di Terengganu, Jawatankuasa Operasi Banjir PAS Negeri Terengganu telah mengarahkan semua Bilik Gerakan Banjir di semua kawasan Parlimen diletakkan dalam keadaan bersedia untuk diaktifkan pada bila-bila masa.

Senarai Bilik Gerakan Banjir di semua kawasan Perlimen adalah seperti berikut.

Setiu di PASTI Putera Jaya dengan Ketua Bilik Gerakan ialah Saudara Yunus Sulaiman (0199115167).

Bilik Gerakan Banjir Besut bertempat di Pejabat PAS Dun Hulu Besut di Kg Lubuk Kawah. Saudara Abdul Rahim (0179753238) sebagai Ketua Bilik Gerakan.

IMG-20141114-WA0065Operasi Banjir bagi Kuala Nerus akan berpusat di Pejabat PAS Kuala Nerus, Kampung Batu 6. Tuan Syed Ibrahim (01112924397) adalah Ketua Bilik Gerakan.

Di Marang, Pejabat PAS Kawasan Marang, Rusila akan menjadi pusat operasi dengan Ustaz Sidek (0199201704) bertanggungjawab mengarahkan operasi.

Sementara di Dungun YB Cikgu Wan Hapandi ( 0139803995) sebagai Pengarah Bilik Gerakan Banjir Dungun akan beroperasi dari Pejabat PAS Kawasan Dungun.

Hulu Terengganu antara daerah yang paling berisiko dilanda banjir membuka bilik gerakan di Pejabat PAS Kawasan Hulu Terengganu, Kuala Berang. Saudara Mat Safari (0139849466) adalah ketua Bilik Gerakan.

Kemaman, daerah yang teruk dilanda banjir tahun lepas dan menjadi saksi keberkesanan Jentera Operasi Banjir PAS dalam menggerakkan kerja-kerja menyelamat membuka bilik gerakan di Pejabat PAS Kawasan Kemaman. Hj Zulkifli Mat Yakim (0199834436) akan bertindak sebagai pengarah.

Mereka yang berhajat kepada sebarang bantuan serta penyaluran maklumat semasa banjir boleh berhubung dengan pengarah Bilik Gerakan Banjir yang berkenaan.

Kita juga telah meletakkan semua ‘armada’ operasi dari Unit Amal, Kelab 4 x 4, Papisma, Yayasan Amal, Ameerah, Skuad Khidmat dan Terengganu Adventure Group (TAG ) dalam keadaan bersedia untuk digerakkan ke medan pada bila-bila masa.

Matlamat kita adalah untuk memberikan khidmat terbaik.

Dr Azman Ibrahim
Pengarah
Jawatankuasa Operasi Banjir PAS Terengganu
15.30hrs/ 14 November, 2014