Tambang Bas Sekolah Naik
Tambang bas sekolah dijangka naik pada tahun 2015 sebanyak 30% akibat kesan ‘domino’ kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen pada tahun 2013 dan ditambah kenaikan sebanyak 20 sen pada Oktober 2014.


Namun begitu, katanya, kenaikan harga tambang bas sekolah tidak boleh dielakkan lagi pada tahun hadapan kerana kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen baru-baru ini.
Oleh itu, kata beliau, pihak persatuan (GPBSM) akan mula menawarkan harga baru tambang bas sekolah pada tahun 2015 bagi mengurangkan beban kos yang terpaksa ditanggung mereka selama ini.
Sejumlah 18,000 pengusaha bas sekolah di seluruh malaysia termasuk Sabah dan Sarawak sebulat suara akan menawarkan kadar dan harga baru tambang bas sekolah untuk semua anak-anak.
Punca kenaikan tambang bas sekolah adalah disebabkan kenaikan harga alat ganti kenderaandan kenaikan harga minyak yang berlaku 2 tahun berturut-turut.
Justeru dengan itu, kadar kenaikan tambang bas sekolah adalah sekitar RM9 sebulan bagi setiap pelajar.
Yuran IPT Naik
Yuran pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Malaysia di jangka naik untuk pelajar baru sesi 2015, berpunca kerana pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak 6%.
Walaupun pihak kerajaan menyangkal, namun ramai pakar ekonomi mengatakan kadar inflasi negara bakal naik selepas pelaksanaan GST pada tahun hadapan.
Kempen promosi GST oleh pihak kerajaan hanya menghebahkan kepada orang ramai yang indah-indah sahaja.


Kenyataan itu merupakan ‘propaganda’ yang jelas, yang mahu menggambarkan bahawa, GST mendapat sambutan dari para peniaga.
Sebaliknya, para pengusaha tidak ada pilihan, selain menurut sahaja perlaksanaan GST kerana ia melibatkan penguatkuasaan, termasuk pengusaha berdepan tindakan saman dan denda.
Hakikatnya, majoriti pengusaha perniagaan dan juga beberapa sektor lain sedang mengambil giliran untuk mengumumkan siri kenaikan kepada pelanggan mereka.
IPTS di Malaysia juga bakal mengumumkan kadar kenaikan yuran para pelajar menjelang pelaksanaan GST pada April 2015.
Ia sudah tidak boleh dielakkan lagi memandangkan kos operasi yang semakin meningkat ekoran kenaikan harga minyak pada tahun 2013 dan 2014.
IPTS tidak menikmati pulangan dalam bentuk cukai input untuk swbarang pembelian peralatan pengajaran.
Walaupun kenaikan yuran IPTS hanya akan melibatkan penuntut baharu sahaja, namun kesan sebenar ke atas ekonomi Negara akan merangkumi semua sector termasuk Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Kementerian Pengajian Tinggi telah pun memberi peringatan agar semua 19 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan mencari pendapatan sendiri.
Antara pendapatan IPTA itu adalah, sudah pasti dan tidak boleh dinafikan, melalui yuran yang dibayar oleh para pelajar atau siswa dan siswi!
Hantaran Perkahwinan Naik


Antara kos yang akan meningkat berkait dengan perkahwinan juga adalah kos catering, kos mak andam, kos fotografi, pakaian, aksesori dan lain-lain, yang pada keseluruhannya akan menyebabkan kos hantaran turut naik.
Keadaan itu akan menimbulkan kesan yang menyebabkan tempoh untuk anak muda hari ini untuk melangsungkan perkahwin terpaksa dilambatkan dan dianjakkan kepada waktu yang lebih lama, kerana mereka terpaksa menabung untuk mencukupkan kos hantaran perkahwinan tersebut.
Bertambah ‘sadis’ lagi pada hari ini, apabila penentuan nilai hantaran kahwin dan kemeriahan majlis perkahwinan menjadi penanda aras untuk dijadikan topik perbualan orang di sekeliling.
Meriah atau tidak? ‘Grand’ atau tidak? Lauk majlis perkahwinan berapa jenis ada? Kambing bakar ada atau tidak? Berapa hantaran anak dia? Dan lain-lain yang menyebabkan anak-anak muda pasti ‘sakit kepala’ menghadapi tahun 2015.
BR1M Tidak Menyelesaikan Masalah
Seorang ahli ekonomi memberi amaran bahawa bantuan bantuan rakyat 1malaysia (BR1M) “tidak akan membawa kita ke mana-mana” dalam membantu mengurangkan jurang kemiskinan yang dijangka bertambah ekoran pemotongan subsidi minyak.
Ahli ekonomi Pusat Kajian Kemiskinan dan Pembangunan Universiti Malaya Dr Fatimah Kari (Gambar kanan) berkata pemberian tunai tidak memberi program perlindungan sosial yang holistik atau menyediakan insentif untuk keluar dari kemiskinan.
“Saya secara peribadi tidak percaya kepada BR1M. Kerajaan perlu mengumumkan dasar keluar untuk BR1M… melalui program sosial yang komprehensif dan penyediaan akses kepada kesihatan, pendidikan dan pekerjaan. Ini mesti dirancang.


Pemberian BR1M harus dihentikan segera kerana tidak efektif untuk membantu golongan berpendapatan rendah dalam jangka waktu yang panjang.
Sebaliknya selepas BR1M dihentikan dan digantikan segera dengan bantuan bersifat perlindungan sosial kepada golongan berpendapatan rendah seperti akses kepada perlindungan insurans, perubatan dan pendidikan.
Pemberian BR1M secara berterusan juga tidak menyokong Malaysia untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Mencipta peluang pekerjaan supaya mereka boleh mendapat pendapatan tambahan yang berterusan berbanding membelanjakan RM4.5 bilion untuk pembayaran BR1M ini.
Buka peluang dan beri galakan kepada golongan miskin untuk menceburi bidang keusahawanan untuk menjana lebih banyak pendapatan serta keluar daripada kemiskinan berbanding membelanjakan RM4.5 bilion untuk pembayaran BR1M 3.0.
Rasionalisasi subsidi telah menyebabkan berlaku peningkatan paras kemiskinan dikalangan rakyat Malaysia dan inflasi terus melonjak tinggi






























