Projek Aneh Bangunan Atas Longkang : Kerajaan Terus Membisu!

2319

KUALA TERENGGANU – Ahli Jawatankuasa PAS Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim mempersoalkan sikap ‘membisu’ kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) terhadap ‘projek aneh’ bangunan atas longkang yang dibina di sepanjang 150 meter diatas Sungai Hiliran.

Beliau mendesak pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memberikan maklum balas atas binaan yang akan mnutup terus muka ‘longkang’ tersebut.

binaan atas longkang3“Saya banyak kali mengulas tentang projek aneh ini yang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) terus membisu……. tak komen apa apa termasuk bila blok pertama bangunan pasar baru (Cabang Tiga) sedang dibina dengan menutup sepanjang 150 meter panjang Sungai Hiliran.

“Kaedah pembinaan dilihat sangat aneh dan ‘symplistic’ kerana seolah-olah sungai itu ditutup secara terus begitu sahaja dengan aras lantai yang sama dengan tebing sungai,”ujarnya.

Menurut pemerhatian beliau, yang juga Presiden Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI), lantai binaan tidak ditinggikan seperti lazimnya, supaya boleh ada cukup ruang pengudaraan.

Pembinaan tersebut bertentangan dengan dasar pembangunan yang menyekat akses untuk jentera seperti jengkaut, jentolak atau perahu, yang perlu masuk ke bawah, jika berlaku keperluan untuk senggaraan.

binaan atas longkang4“misalnya (jika) tersumbat dibawah (binaan itu) kerana mendapan lumpur, atau sampah sarap yg tersangkut atau batang kayu, pokok yang mungkin terlepas masuk ke bawah.

“Perhatikan sekarang sejauh lebih 200 meter lagi sedang ditutup paras tebing juga. Sejauh mata melihat sehingga bangunan lama pasar,

“Saya melihat beberapa keping struktur lantai konkrit yang pecah mungkin ketika proses pemindahan untuk pemasangan,”jelasnya sebagaimana gambar yang dilampirkan dalam kenyataan terbarunya, berkait isu tersebut hari ini.

Katanya, melalui foto itu dapat dilihat jelas besi atau ‘cablewire’ yang ada dalam konkrit binaan itu tidak banyak, menggambarkan ‘rapuhnya’ lantai yang sedang dibina.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah telah mengemukakan persoalan tentang pembinaan ‘luar biasa’ itu di peringkat Parlimen.

binaan atas longkang1Jawapan yang diberi adalah, kerajaan persekutuan amat hairan, bagaimana kerajaan negeri boleh meluluskan pembinaan yang bercanggah dengan polisi.

Oleh itu, Haji Amzad berharap agar, kerajaan negeri Terengganu dibawah kepimpinan Menteri Besar Datyk Ahmad Razif Abdul Rahman mengambil tindakan segera bagi membuktikan beliau benar-benar komited dengan ‘Transformasi Terengganu Baru’.

“Harap pegawai (dan) pengawas yang mengawasi projek supaya hati-hati dalam projek kontroversi begini supaya jangan ada masalah kemudian hari.

“Sementelah lagi terlalu banyak aduan (tentang) kualiti binaan bangunan di (begeri) Terengganu ni……….yang runtuh pun dah banyak (contohnya) flat (rumah pangsa) Ladang Gemilang pun dulu bukan sedikit isu kualitinya,”tegas beliau.

Menurutnya, pentadbiran baru di bawah Datuk Ahmad Razif mesti mengambil kira faktor keseluruhannya, termasuk isu kesihatan seperti pembiakan bakteria, bau busuk dan pembiakan nyamuk aedes yang menjadi punca demam Denggi akan terus dikaitkan dengan projek ini.