Laporan-laporan Akhbar dan Kenyataan di Facebook/ WhatsApp berikut adalah dirujuk:
1. Petikan Kenyataan yang tersebar di Facebook dan WhatsApp:
“Shallom…tolong doakan. Berita terbaru dari Ketua Kampung Uma Tanjong, Long Pawa (En. Nai). 16 Oktober ini pihak JAIS akan ke kampung mereka utk mengislamkan penduduk kampung yg mau masuk Islam. Siapa yg masuk Islam akan diberi RM6000.00 seorang. Islam sekarang sedang giat menyebarkan agama islam di hilir Belaga. TQ.”
2. Laporan Akhbar Borneo Post bertarikh 10 Oktober 2014, mukasurat 10 bertajuk “Outsiders converting poor Christians in Belaga”.
3. Laporan Akhbar Borneo Post bertarikh 11 Oktober 2014, mukasurat 7 bertajuk “State govt ‘no’ to Yayasan Amal programme”.
4. Laporan Akhbar The New Sarawak Tribune bertarikh 10 Oktober 2014, bertajuk “Daud: JAIS not involved in attempt to convert villagers”.
Kenyataan Media Penafian dan Laporan Polis:
Nota: Laporan Polis (No Repot: MIRI/010506/14) telah dibuat pada 11/10/2014, 1125AM di Balai Pusat Miri.
“Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH Tuhan Sekalian Alam dan selawat serta salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Suka untuk ditegaskan bahawa kenyataan yang menyebut Majlis PengIslaman dengan pihak penganjur akan memberi RM6,000.00 seorang kepada yang masuk Islam adalah satu pembohongan serta fitnah besar dan tidak berasas! Bahkan ianya sesuatu yang tidak munasabah dan kami tidak pernah melakukan perkara sedemikian. Sesungguhnya Islam bukan agama paksaan dan bukan ajaran berasaskan kebendaan tetapi agama berasaskan kepercayaan dan keimanan penuh kepada Allah Yang Maha Esa dan kehidupan suci murni Baginda Rasul Nabi Muhammad SAW.
Suka juga dinyatakan bahawa sememangnya pihak kami ada merancang untuk Ziarah Mahabbah & Kebajikan ke Punan Bah, Belaga dan sekitarnya yang bertujuan untuk menziarahi Saudara SeIslam di kawasan berkenaan pada 15-19 Oktober ini. Walaubagaimanapun program ini telah dibatalkan atas arahan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Majlis Islam Sarawak (MIS).
Tujuan utama program ini adalah untuk mengeratkan tali silaturrahim dgn masyarakat Islam serta perkongsian ilmu asas-asas Islam seperti Aqidah, Ibadah, Solat, Mengaji Al-Qur’an, Pengurusan Jenazah dan lain-lain melalui sesi randau. Justeru, diharap pihak berkenaan dapat memperbetulkan kenyataan tidak benar yang telah disebarkan.
Adalah menjadi harapan kenyataan ini akan dapat memberi penjelasan yang sewajarnya kepada semua pihak dan menghentikan penyebaran maklumat palsu tersebut.
Laporan Polis telah dibuat untuk siasatan dilakukan terhadap mereka yang menyebarkan fitnah palsu tersebut dan untuk membersihkan nama baik Yayasan Amal Sarawak.
Sekian, terima kasih.”
Dikeluarkan Oleh:
Mukhtar Suhaili
Mewakili Penganjur Program merangkap Pengerusi Yayasan Amal Sarawak.
11 Oktober 2014.











