1. Pendakwah PAS wajib jadikan panduan AlQuran sebagai panduan pendakwah.. ;
(ayat) 33: Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!”
(ayat) 34: Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.
(ayat) 35: Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat.
(ayat) 36: Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.


3. Pendakwah mesti mulakan dgn diri sendiri (wa ‘amila soliha). Jadikan teladan dari Rasul. Pendakwah mesti bersifat sidiq, amanah, tabligh dan fathonah. Mesti berani sampaikan yg benar. Benar pada hati, percakapan, amalan. Ulamak jangan kejar dunia.
4. Ulamak mesti letakkan niat utk selamatkan dunia dan akhirat. Nabi bila ditawar nikmat dunia dijawab kpd Abu Talib: “Demi Allah pak saudaraku, kalau diletakkan matahari di kananku dan bulan di kiri ku supaya aku menunggalkan urusan dakwah atau aku mati kerananya aku tidak akan berhenti dari dakwah ini”.
5. Dakwah tidak boleh dipaksa. Rubi’ bin Amir berkata kepada Rustam panglima tenteras Parsi, berucap – Allah hantar kami utk ajak siapa yg mahu kalangan kamu, tanpa paksaan sebab kalau dipaksa akan ramai yg munafiq, dari pengabdian sesama makhluq kpd pengabdian pd Allah.
6. Pendakwah hendaklah menerangkan kezaliman dari pelbagai agama, ideologi dan teori lain kepada keadilan Islam.
7. Pendakwah mesti tunjukkan hati yg benar pada Allah. Kerana tujuan utk memasukkan kefahaman Islam pd hati manusia. Hati yg ikhlas masuk ke hati penerima yg yg ikhlas.
8. Pendakwah di zaman salaf, rakyat di bawah jajahan takluk kuasa Islam anggap Islam sbg penyelamat. Islam dianggap sbg futuhat bukan isti’mar (penjajahan). Islam bukan dtg utk pancung leher jika tidak diterima.
9. Contoh laluan sutera menunjukkan tatkala dtg Islam seluruh ajaran lain telah ranap walau termasuk ajaran komunis yg menhapus dan mengharamkan pendidikan Islam.
10. Rantau Asia Tenggara didatangi saudagar Islam yg kebanyakannya tidak pandai berceramah. Tetapi mereka menyampaikan Islam yg akhirnya sampai ke seluruh asia tenggara melalui sultan tanpa pedang.
11. Contoh juga nabi dan khutbah ulamak salaf yg pendek tetapi sgt dan berkesan. Org masuk Islam ramai. Tidak seperti khutbah kita yg panjang tapi gagal. Org masuk islam sikit.
12. Kita ada pendakwah yg pembohong. Kita ada pendakwah yg penipu. Ada pendakwah yg berceramah utk pungut duit org ramai utk diri, tetapi salah guna duit itu. Duit sudah jadi matlamat bukan lagi alat pendakwah kini.


14. Pendakwah hendaklah bijaksana jangan bodoh. Kebijaksanaan pendakwah yg bawa Islam ke rantau Asia Tenggara adalah bermazhab Syafie. Tapi kalau ikut syafie yg blh jadi kafir zimmi adalah ahli kitab dan majusi sahaja. Hindu dan Budha tak termasuk kafir zimmi. Tapi ada ulamak kini yg katakan semua kafir harbi sebab tak disebut dlm kitab. Imam Syafie yg lahir di Hijaz beri pandangan berdasar pendapat dan reality tempat dia.
15. Kebijaksanaan pendakwah itu mengambil pandangan Imam Malik dan Hanafi menggunaka pendekatan utara Afrika dan Andalus, Iraq, India, mereka menerima Raja2 Hindu dan Budha yg ada utk didakwah tanpa perang, dan dibenarkan terus berniaga, hidup dlm majmuk yg akhirnya masuk menerima Islam.
16. Contohnya juga dlm isu khatan. Syafie wajibkan tetapi mazhab lain tidak wajib. Pendakwah kita skrg suruh sunat dulu, solah no 10. Sesungguhnya Muhammad diutuskan sbg pendakwah bukan diutuskan sbg tok mudim.
17. Sirah Umar abd aziz, salah seorg gabenor berkata cukai berkurangan sbb ramai masuk Islam. Umar berkata sesungguhnya Muhammad diutuskan sbg pendakwah dan bukan diutus sbg pemungut cukai.
18. Contoh ketiga dlm masalah makmum membaca fatihah adalah wajib dlm Syafie, tetapi ada mazhab lain tidak wajib. Gunakan mazhab lain, boleh ikut sahaja yg penting mengucap dan mahu solah dahulu. Ada pendakwah kata org baru masuk Islam tak boleh solah lagi sebab tak pandai fatihah. Padahal sepaptutnya kena ambil pendekatan mazhab lain yg berbeza dgn Syafie.
19. Sebab itu pendakwah perlu byk membaca. Bukan sahaja bakan kita fiqah dan tafsir tapi kena baca kitab tarikh tasyri’ dan sejarah Imam2 mazhab.
20. Contoh dlm perlantikan menteri. Pandangan Imam Haramain tidak dibenarkan, sedangkan Mawardi di India kata boleh. Ini kerana Imam Haramain berada di Makkah Madinah di mana tiada bukan Islam.
21. Pendakwah juga kena faham juga kesan dakwah Islam dlm kenegaraan yg diciplak oleh zaman skrg. Contoh suaka politik. Islam ajar jika kalau musyrik minta perlindungan minta pertolongan lepas dizalimi maka berikanlah perlindungan, hingga di ajarkan Islam. Sehingga mereka diberikan tempat aman, dlm negeri kita atau hantar ke negara dia balik atau ke negara lain. Piagam geneva meniru piagam Madinah tersebut.
22. Tapi sekarang kerja-kerja memberi perlindungan dan mendekatkan pada agama tanpa paksaan adalah kerja Kristian. Bukan kerja pendakwah kita.
23. Pendakwah juga mestilah mempunyai keyakinan bahawa Islam yg kita bawa adalah dakwah yg sebenar dan jangan disamakan dgn mana2 ajaran lain. Jangan sekali samakan pas umno pkr dap sama sahaja. Kena yakin jamaah kita yg kita bawa adalah Islam yg syumul dan tak sama dgn yakin lain.


25. Contohi Rasul tatkala fathul Makkah dan selepas perintah berkurung selesai, Rasul duduk di pintu kaabah danbertanya pada penduduk Makkah yg mengerumuninya dgn bertanya “adakah kamu tahu apa yg aku nak buat kepada kamu?” Jawab penduduk quraisy kamu adalah keluar yg baik dan peribadi baik, mereka membodek Rasulullah. Tapi tetap nabi tak balas dendam “pergi lah kamu semua di bebaskan”. Kesannya ramai peluk Islam.
26. Masa fathul Makkah juga nabi ada senaraikan beberapa penjenayah yg mesti ditangkap walau mereka itu bergantung di kelambu kaabah bertaubat sekalipun. Antaranya Abdullah bin Abi Sarah bekas penulis wahyu Rasul yg murtad. Saudara pupu Osman bawa jumpa rasulullah. Osman jumpa rasul merayu 3 kali utk dimaafkan, tetapi Rasul diam yg panjang. Akhirnya Rasulullah kata maaf.
27. Sahabat bertanya mengapa dibebaskan? Rasul berkata mengapa ketika aku diam tersebut tiada kamu yg hentam (penggal) dia? Sahabat berkata mengapa Rasul tidak beri isyarat kenyit mata utk kami pancung. Jawab Rasul aku bukan diutuskan untuk berhukum dgn cara kenyit-kenyit mata sedemikian.
28. Masa fathul Makkah juga Ikrimah bin Abi Jahal termasuk dlm senarai yg wajib dihukum. Beliau melarikan diri. Isterinya jumpa Rasul minta maafkan Ikrimah. Diminta isterinya cari Ikrimah dan di bawa kehadapan Rasul dan Rasul maafkan. Ikrimah jadi seorg islam yg baik.
29. Begitu juga Wahsyi yg bunuh pak sedara Nabi juga di maafkan dan beliau masuk Islam.
30. Saidina Ali dipesan ketika membuka Yaman, dipesan utk jangan diperangi mereka. Jika mereka perangi kamu jangan perangi mereka, tapi bawa mayat yg dibunuh letak di hadapan. Dan bertanya “inikah yg menjadi tujuan kita…?”.


32. Pengalaman TGHA dlm dakwah sejak 30 tahun lepas sampai pernah ada 5 sahaja pendengar masa ceramah walau yg pergi lagi ramai. Tidak blh kalau sedikit pendengar kita merasa lemah.
33. Pernah TGHA mengajar fardhu ain, dan tak sebut politik pun. Hari pertama bilal UMNO bising paluan beduk kuat-kuat. Berulang2 sehingga pernah dipanggil polis. Polis dtg pun tak buat apa2 sbb tiada gaduh… Akhirnya umno marah sesama mereka bergaduh. Last sekali bilal umno tu masuk PAS. Maka jangan gopoh, sabar dan usaha.
34. Pendakwah hendaklah bawa mesej dlm dakwah. Jangan jadi pendakwah bebas yg dipuji semua umno dan pas. Jangan jadi ulamak loose seperti skru yg tak blh dimanfaatkan.
35. Akhir sekali pendakwah hendaklah istiqamah dlm berdakwah.
Catatan;
Ahmad Sayuti Bin Bashiron
1 Sep 2014 – 11:18pg.


























