Kemerdekaan Hakiki; Bebas Dari Belenggu Jahiliyyah

1086

بسم الله الرحمن الرحيم

Sempena menyambut ulangtahun ke-57 negara kita mencapai kemerdekaan, hayatilah tokoh agung pejuang pembebasan dan kemerdekaan iaitu Nabi Muhammad SAW. Bagindalah yang bertanggungjawab membebaskan umat manusia daripada segala bentuk penjajahan dan perhambaan.

IMG-20140829-WA0023(1)Penjajahan minda, pemikiran, aqidah sehinggalah kepada penjajahan sistem kehidupan sama ada dari sudut ekonomi, politik mahupun sosial perlu dibebaskan sepenuhnya dari anasir yang merosakkan masyarakat bagi mencapai makna hakiki kemerdekaan.

Kemerdekaan yang hakiki ialah apabila seseorang itu berjaya melepaskan diri dari belenggu jahiliah dan hasutan jahat diri. Masyarakat yang merdeka adalah masyarakat yang saling bahu-membahu memastikan terlaksananya kebaikan dengan mencegah kemungkaran, hasilnya lahirlah sebuah negara yang benar-benar merdeka.

Sambutan kemerdekaan tahun ini agak suram dengan kehilangan pesawat MH370 dan nahas pesawat MH17 yang sehingga ke saat ini tiada khabar berita. Lebih menyedihkan lagi apabila mengenangkan saudara kita di Ghazzah yang sekian lama dijajah oleh regim zionis. Apa erti kemerdekaan kita tanpa lahirkan rasa belas kasihan untuk membantu mereka.

USTAZ DATO’ AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan