Terengganu, Malaysia
Kenyataan Media

Pembersihan Jamaah Berlaku Dengan Fitrahnya…….

mokhtar senik (480×360)

1. Kalau empat lima tahun lepas kita sebut dlm jamah kita ada ahli pas tapi fikrah JIM, org akan marah. Kononnya kita tak habis2 curiga kat ahli JiM sedangkan ahli umno yg masuk pas kita tak curiga apa2. Walhal kecurigaan kita bukan kepada semua ahli pas yg pernah berada dlm JIM. Kita curiga hanya kpd individu2 tertentu yg kita tahu kegiatan mereka dibelakang pas.

2. Kalau 3 atau 4 tahun lepas kita sebut ada ahli dan pimpinan pas yg dah berfikrah dgn fikrah anwarisme, org akan melenting. Kononnya kita anti tahaaluf dan tidak setiakawan.

3. Kalau setahun dua lepas kita ingatkan ahli jgn terpengaruh dgn aliran Liberalisme yg mula meresap dlm pas. Org akan bertempik menuduh kita mereka2 cerita kerana anti kpd golongan ptofesional.

Tapi kini Allah zahirkan. Allah dedahkan secara fitrah dan sunnatullah wajah2 yg ada dlm jamaah ini.

Teman2…kalau kita berpandukan hanya kpd akal dan sifir politik pastinya kita gagal mengesan bencana2 yg hanya boleh dilihat dengan suluhan ilmu dan rohani. Selamanya kita akan ditipu dan tertipu.

Justeru, jalan yg selamat ialah jgn canggahi jamaah ini. Perhati dengan teliti perjalanan jamah ini dengan ilmu dan tawadhuk dan ikhlas.
Dzun Nun AlMasry berkata: ” sukar untuk ku ungkap betapa banyaknya Asrar Ghaibiyyah ( rahsia2 tersembunyi) yg Allah berikan kpd mukmin yg soleh dan ikhlas yg tidak diberi Allah kepada Mukmin yg sekadar beribadah”.

Moga rentetan peristiwa yg berlaku ini tidak mengundahkan kita bahkan kita ikuti ia dgn penuh tawadhuk kpd laluan sunnah Allah.
Berikan wala’ kpd pimpinan dan jamaah.

Ust Mokhtar Senik
Ketua DUPNP

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan