Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu akan mengadakan satu program Ramah Mesra Aidilfitri bersama anak-anak Terengganu di perantauan (Perantau) pada 2 Syawal 1435H bersamaan 29 Julai 2014. Program ini dijangka akan bermula pada jam 8.30 malam di Markaz Tarbiyah PAS Kuala Terengganu, Kuala Ibai.


Pihak kami mempelawa dan menjemput semua anak-anak perantauan yang membina kerjaya di luar Terengganu mahupun yang masih berada di alam kampus untuk menghadiri dan memeriahkan program tahunan sempena Aidil Fitri pada tahun ini bersama YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dan YB Ustaz Haji Saiful Bahri Bin Mamat, Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu.
Anak-anak perantau Terengganu boleh menggunakan kesempatan ini untuk berdialog bersama kepimpinan tertinggi PAS di peringkat negeri secara santai pada malam acara tersebut.
Mewakili pihak urusetia penganjur, kami amat mengharapkan tetamu-tetamu jemputan dapat hadir lebih awal dan mengambil peluang menunaikan solat Isyak berjamaah di surau berhampiran markaz.
Bagi pihak penganjur, kami mendoakan buat semua anak-anak Terengganu di perantauan akan selamat melalui perjalanan pulang pergi dan balik.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir dan Batin.
YB Hishamuddin Bin Abdul Karim
ADUN Tepoh merangkap
Pengarah
Urusetia Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri 2014





























