Sempena kedatangan bulan Ramadhan kali ini, Nisa’ Gombak, sebagimana tahun sebelumnya akan menganjurkan program Nisa’ Small Kindness. Tujuan utama program ini diadakan adalah bagi menyampaikan sumbangan berbentuk kewangan dan barangan keperluan kepada golongan yang memerlukan di sekitar Gombak. Program ini dilihat memberi impak yang agak besar dalam membina hubungan baik Nisa’ Gombak dengan masyarakat umum. Nisa Small Kindness juga berpotensi bagi memperkenalkan Nisa’ Gombak kepada masyarakat umum sebagai agen penghubung generasi muda. Di samping itu juga, program ini dapat memberi peluang kepada ahli Nisa’ Gombak bagi mendekati masyarakat umum secara langsung terutamanya generasi muda di sekitar Gombak.
Antara objektif program ini adalah:
1. Membantu meringankan beban golongan yang memerlukan yang disasarkan.
2. Menyerahkan sumbangan berbentuk kewangan dan barangan keperluan.
3. Memperkenalkan Nisa’ Gombak sebagai agen penghubung generasi muda.
4. Mendekati masyarakat umum dan menyampaikan maklumat terkini tentang tawaran dan bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri.
Wanita muda yang memerlukan (OKU, ibu tunggal, sakit) di kawasan Gombak yang berumur 21 tahun hingga 40 tahun.
PELAN TINDAKAN
Ahli Jawatankuasa akan mengumpulkan dan mendapatkan sumbangan-sumbangan daripada syarikat-syarikat, wakil rakyat, dan individu-individu yang dermawan. Hasil sumbangan ini akan di kumpulkan dan disalurkan kepada golongan yang memerlukan di sekitar Gombak.
Pada tarikh yang ditetapkan, team Nisa’ Gombak akan bergerak ke kediaman individu-individu yang telah dikenalpasti bagi menyerahkan sumbangan.
Sumbangan yang diberikan adalah berbentuk kewangan dan barangan keperluan harian.
Secara keseluruhannya, program ini mensasarkan seramai 21 orang penerima. Nisa Small Kindness ini memberi impak yang besar dalam membantu mengurangkan beban kehidupan golongan yang kurang bernasib baik.
Dengan bertemakan ‘Hulurkan tangan, ringankan beban’, kami sedaya mampu berusaha bagi mengumpul dan mendapatkan sumbangan daripada banyak pihak untuk disalurkan kepada golongan yang memerlukan ini.
3. Untuk makluman pihak tuan, disini disertakan butiran program seperti berikut:
TARIKH : 12 & 13 Julai 2014
HARI : Sabtu & Ahad
MASA : 9.00 pagi-2.00 petang
TEMPAT : Sekitar Gombak
SASARAN : Golongan wanita kurang upaya, Ibu tunggal, Miskin, Sakit
4. Bagi mencapai hasrat tersebut, pihak kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat menghulurkan sejumlah sumbangan dalam bentuk wang tunai atau barangan keperluan bagi menjayakan program ini. Bersama- sama ini juga kami sertakan kertas kerja program.
5. Sebarang bentuk sumbangan khususnya sumbangan kewangan amat kami harapkan. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank:-
564-799-120911 (NISA’GOMBAK)
6. Jutaan terima kasih diucapkan di atas sumbangan, kerjasama, dan komitmen yang telah tuan berikan. Sekiranya ada sebarang pertanyaan, boleh menghubungi urusetia, Zurina Mohamad Yusoff (Pengarah Program) 019-3002649. Sekian terima kasih.
“PENGHUBUNG GENERASI MUDA”












