Tingkatkan Segera Kualiti Pengangkutan Awam Bandaraya Kuala Terengganu

4198

Oleh : Haji Ahmad Amzad Hashim

GANTI ingin menggesa pihak berkuasa serta kalangan ahli politik yang terlibat dengan urusan kemudahan awam khususnya di Bandaraya Kuala Terengganu supaya lebih fokus dan serius dalam isu-isu berkaitan taraf kemudahan awam khususnya pengangkutan awam yang ada di Bandaraya Kuala Terengganu.

Bandaraya Kuala Terengganu adalah ibu negeri Terengganu yang merupakan penyumbang terbesar hasil petroleum negara.

Suatu gagasan reformasi yang besar dalam sistem pengangkutan bas awam perlu segera diwujudkan. Sistem yang ada nyata amat ketinggalan berbanding bandaraya-bandaraya lain di seluruh negara. Untuk makluman Rapid Kuantan, Pahang dan City Liner di Kota Bharu, Kelantan nampak lebih tersusun operasinya.

penambangjpgSambutan awam terhadap pengangkutan awam akan datang bersama keyakinan terhadap tahap boleh sandar `reliability’ terhadap sistem itu. Ini termasuk bas-bas yang bersesuaian, hentian-hentian bas yang direkabentuk dgn selesa, menarik, maklumat-maklumat yang disebar dgn berkesan dan laluan yang bersesuaian.

GANTI berpandangan perbincangan sepatutnya dimulakan dengan semua operator bas yang ada dengan terlebih dahulu. Satu Kajian Dayamaju hendaklah ditauliahkan segera.

Selain daripada itu GANTI juga ingin menyatakan sokongan terhadap sebarang usaha memulih serta menaik tarafkan perkhidmatan Bot-bot Penambang Muara Sungai Terengganu yang kini kelihatan tak bermaya. Ini diburukkan lagi ekoran penambakan besar -besaran di belakang Pasar Payang dan Dataran Shah Bandar yang mengakibatkan jeti utama bot penambang tertimbus. Keadaan jeti sementara yang terselindung, ala kadar dan kecil menyebabkan cuma pengguna tradisi yang sedar kewujudannya kerana tersembunyi.

Cadangan Kerajaan Terengganu untuk program penggantian bot-bot penambang sebenarnya sudah sampai masanya. Cumanya rata-rata pemilik menyatakan kos jika mereka tempah sendiri bot-bot mereka adalah sekitar RM70,000 sebuah sahaja berbanding tawaran kerajaan untuk bina pada harga RM270-300 ribu sebuah di mana pemilik akan terikat dengan tanggungan membayar kembali.

Isu ini seharusnya boleh diselesaikan oleh kerajaan dengan segera kerana bukannya pengusaha menolak cadangan penambahbaikan, tetapi dengan tekanan kos hidup sekarang purata perolehan pengusaha hanya sekitar RM20-30 sehari. Sudah tentulah mereka bimbangkan keupayaan membayar balik.

Pendapat saya kalaulah kerajaan Terengganu tak berkira sangat untuk berbelanja hampir RM300juta untuk kemudahan mewah di Pulau Duyung untuk kegunaan orang asing,apalah sangat hendak berkira untung rugi dengan pengusaha bot penambang yang menjaga legasi penting warisan negeri. Subsidikankan saja. Tak habispun puluhan juta. Wang yang dicampak ke sungai, ke tasik, ke laut, runtuh sana sini pun entah berapa ratus juta kita tak berkira pun.

Selain dari itu saya ingin sarankan agar Kajian Daya Maju juga mula dibuat tentang kemungkinan Sistem Monorel Mini seperti yang ada di Sydney. Tak perlu yang mahal dan besar seperti di KL. Cukup untuk memudahkan pergeralan dalam kawasan bandar mungkin menghubungi Stesen Bas, Teksi, Wisma Darul Iman, Water Front, Giant, Mydin Mall Bukit Besar.

Permohonan peruntukan sepatutnya boleh dibuat kepada persekutuan. Rakyat mula melihat negeri-negeri di Pantai Barat diberi pelbagai peruntukan untuk projek prasarana seperti MRT dan lain-lain yang puluhan ribu juta ringit wang petroleum digunakan, Sedangkan Terengganu sebagai penyumbang utama petroleum bagai pengemis bila memohon peruntukan.

Masalah kesesakan dalam bandar sepatutnya sudah lama boleh selesai dengan sistem flyover yang bersesuaian dan pembesaran Jambatan Sultan Mahmud, Jambatan Pulau Sekati. Kerajaan pusat tak sepatutnya berkira sangat dalam urusan pembangunan Negeri Petroleum ini yang 90% orang melayu Islam.

Bukankah parti pemerintah duk canang sangat Agenda Melayu, nak kuatkan orang Islam? Jangan cakap tak serupa bikin seperti yang nyata dalam statistik sekarang menuujukkan dasar yang ada semakin menekan orang Islam dan Melayu menjadi rugi serba serbi. Negeri yang sepatutnya paling kaya jadi negeri paling miskin. Kuwait Malaysia lah sangat.

*** Haji Ahmad Amzad Hashim adalah Presiden Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI