Terengganu, Malaysia
Pendapat

Krisis Terengganu : Roslee Daud Buka Pekung Didada Sendiri

Roslee

Oleh : Zul Shawalludin Jusoh

Merujuk kepada isu’Krisis Terengganu’ yang telah melakar detik sejarah dalam peradaban moden Negeri Terengganu, kami daripada Pemuda Pas Dun Bukit Besi terpanggil untuk melontarkan pendapat selaku golongan muda. Lebih-lebih lagi, isu tersebut turut juga terpalit kepada kami apabila Adun N25, Roslee bin Daud daripada parti komponen BN telah menghantar surat perletakan jawatan dalam parti tersebut kepada bebas.

2. Pada tanggal 13 Mei 2014, kita dikejutkan dengan berita perletakan jawatan Roslee Daud sebagai Adun Bukit Besi mewakili parti komponen BN yang mengikut jejak ‘sifu’ politiknya, bekas MB Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang lebih awal mengumumkan perletakan jawatannya akibat krisis dalaman antara bekas MB tersebut dengan PM, Datuk Seri Najib Razak.

3. Tindakkan Roslee telah mendatang kemarahan, rasa terkejut, sedih dan kebimbangan oleh penduduk dalam N25. Namun terdapat juga yang merasakan perbuatan Roslee lebih kepada semangat setia kawan yang tinggi, sanggup mengenepikan jawatan demi menegakkan prinsip.

4. Yang merasa marah, terkejut dan sedih adalah terdiri daripada golongan yang bergantung nasib serta rezeki daripada jawatan yang diraih oleh Roslee Daud. Tindakkan Roslee itu bakal menutup tudung periuk mereka.

5. Namun bagi kami, perbuatan Roslee Daud amatlah membimbangkan. Jika dilihat prinsip kesetiaan kepada parti, Roslee Daud telah meletakkan parti hanya satu barang mainan. Dia seolah-olah tidak merasai bahawa parti adalah satu amanah daripada rakyat untuk menjadi pemudahcara untuk mereka.

6. Lontaran surat beserta niat untuk meninggalkan parti menunjukkan Roslee Daud mempunyai agenda tersendiri dalam arena politik negeri. Seorang yang amat tidak boleh dipercayai untuk membawa mandat serta masalah rakyat ke dewan undangan negeri. Untuk menyelesaikan masalah rakyat, dikira jauh sekali.

7. Oleh yang demikian, Pemuda Pas Dun Bukit Besi menyeru kepada semua pemuda dalam Dun Bukit Besi, agar mengambil sedikit ruang waktu untuk berfikir nasib yang bakal menimpa kita. Adun yang mewakili kita, telah jelas secara sengaja atau tidak menceritakan kepada kita siapakan dirinya yang sebenar. Sikap mendahului rakan taulan dengan meninggalkan amanah yang diserah kepada beliau jelas menunjukkan beliau tidak layak memimpin kita.

8. Saya menyeru kepada seluruh pemuda dan pemudi dalam Dun Bukit Besi agar bangkit menolak parti yang cuba memperbodohkan kita melalui hidangan calon yang tidak mempunyai jati diri yang kuat. Saya percaya, calon-calon seperti ini jika diberi mandap lagi pada pilihanraya yang akan datang, pasti negeri yang kita cintai ini akan tergadai. Nasib kesucian Islam dan anak bangsa kita terletak pada kita semua golongan muda yang bakal mencorak dunia akan datang.

*** Zul Shawalludin Jusoh ialah Setiausaha Pemuda PAS Kawasan Dungun merangkap Ketua Pemuda PAS DUN Bukit Besi

14 Mei 2014

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan