Perubahan dalam tampuk kepimpinan negeri tidak akan membawa apa-apa makna sekiranya tiada perubahan yang jelas dan tegas berhubung dasar dan jentera perlaksanaan sebarang program yang melibatkan kepentingan dan dana rakyat.
Secara spesifiknya GANTI menuntut seperti berikut:
1. Menghentikan semua projek dan perancangan yang membazir dan memberi risiko kepada potensi masa hadapan Negeri Terengganu terutamanya Projek Jambatan Drawbridge di muka kuala Sungai Terengganu, Projek Pulau Bebas Cukai di Tasik Kenyir, perlombongan bijih besi yang tiada kawalan di Dungun dan Perobohan Pasar Payang untuk pembinaan kompleks mewah hotel dan kondominium
2. Menghentikan Cadangan Kenaikan Cukai Pintu di kesemua Majlis Bandaraya, Majlis Bandaran dan Majlis Daerah.
3. Menuntut dikembalikan Royalti Petroleum 5% seperti yang ada dalam perjanjian dengan Petronas serta dimulakan langkah tuntutan kenaikan Royalti berkenaan kepada 20% seperti yang telah dimulakan oleh Serawak.
5. Menuntut hak terhadap Royalti Petroleum bagi Medan Petroleum PM307 BERTAM yang disahkan oleh Menteri Besar sebelum ini sebagai hak negeri Terengganu. Royalti ini dianggarkan RM100juta setahun dan diumumkan Perdana Menteri akan dibayar kepada Pahang.
6. Menghentikan segala proses pengambilan tanah yang tidak menghormati peraturan di bawah Akta Pengambilan Tanah dan memulakan proses mediasi bagi menjernihkan kekeruhan yang ditimbulkan oleh proses yang telah terlanjur berlaku.
7. Mewujudkan segera jawatan Exco Agama.
8. Menghentikan semua program konsert yang berbentuk maksiat dan percambahan pusat-pusat hiburan.
9. Memperbetulkan sistem kenaikan pangkat pegawai2 kerajaan negeri yang telah berlaku pilih kasih dan tak mengikut merit kelayakan.
Senarai tuntutan ini adalah merupakan kesilapan-kesilapan besar yang dilakukan oleh Menteri Besar yang lalu yang tidak seharusnya diulangi oleh YAB Dato’ Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman, Menteri Besar Terengganu yang baru.
Haji Ahmad Amzad Hashim
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf – GANTI











