Sempena kedatangan bulan Mei yang dimeriahkan dengan pelbagai hari keraian, Ameerah Dungun yang merupakan sayap wanita muda kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) akan menganjurkan majlis hi-tea bersama penyanyi Aisyah. Majlis minum petang ini akan diadakan pada 16 Mei 2014 bertempat di Dewan Bidara, Hotel UiTM Dungun bermula jam 2.30 petang.


Penyertaan majlis minum petang dan pertandingan tersebut adalah secara pembelian kupon bernilai RM 50 sahaja. Ameerah juga membuka ruang kepada badan-badan korporat dan orang perseorangan untuk menaja pembelian kupon untuk dihadiahkan kepada ibu-ibu tunggal dan kurang berkemampuan sebagai tanda penghargaan buat mereka.
Kupon boleh didapati dengan menghubungi Puan Khadijah: 0111-875 5094 atau Cik Fizz : 014-506 7478.Adalah diharapkan majlis penghargaan buat kaum hawa ini mendapat sambutan dan mencapai objektif yang disasarkan.
Sekian, terima kasih.
Siti Norbaity Abd Latif
Setiausaha Ameerah Kawasan Dungun
26 April 2014


























