oleh : NM
DUNGUN – Dengan satu harapan besar terzahir dari keprihatinan terhadap nasib menimpa Pesawat MAS MH370 yang masih hilang sejak 08 Mac lalu dan sehingga kini sudah memasuki hari ke 14, masih belum ada petunjuk di mana Pesawat ini berada dan bagaimana nasib 239 penumpang serta anak kapal yang masih hilang.
Kecekalan 56 anak muda dari Komuniti setempat Felda Jerangau yang sanggup menempuh perjalanan sukar menyusuri hutan belantara ” Twilight Zone ” di Hulu Dungun selama 2 hari 1 malam bukanlah perkara yang mudah.


Cabaran bermula apabila kumpulan misi ini memasuki jalan tanah merah sejauh 18km dan menharungi 5 jam perjalanan dengan lurah kesan air yang dalam serta perlu melintasi anak sungai tanpa jambatan dengan tebing yang agak tinggi dan curam. Dengan keadaan cuaca yang kering menyebabkan debu menjadi sebahagian halangan dan memerlukan mereka mengawal motosikal dengan penuh berhati-hati.


Misi ” #PRAY FOR HM370″ oleh KTB ini mencuri perhatian beberapa pemimpin masyarakat dan penduduk setempat. Yang Berhormat Ustaz Wan Hassan Md Ramli, Ahli Parlimen Dungun, memuji usaha ini dan cara simpati diterjemahkan dalam bentuk usaha murni sebegini wajar diteruskan.


Pengurus Tanah Rancangan Felda Jerangau, Md. Aslam bin Jahangir Khan, yang memberi ucapan semasa melepaskan konvoi misi ini berharap usaha ini berjaya dan beliau kagum serta bangga dengan usaha ini, beliau menasihati peserta misi agar mematuhi segala arahan ketua misi dan menjaga keselamatan.
Setelah 34 jam misi ini meredah dan berada di hutan belantara dan sampai ke lokasi mereka akhirnya selamat sampai ke kampung Felda Jerangau jam 6:00 petang 23 Mac dengan rata-rata peserta puashati dan bersyukur kerana usaha ini berjaya masuk dan selamat keluar dari belantara.
Mohd Shukri Salim, salah seorang peserta misi merasa puas dan dapat menimba pengalaman baru yang sukar dikongsi apabila berada di hutan belantara yang sebelum ini beliau hanya mendengar cerita tentang hutan ini. ” walaupun kami gagal mengesan sebarang tanda dan petunjuk kapal terbang terhempas di kawasan ini tapi kami sangat berpuas hati” ujar beliau yang masih keletihan.





























