Selesaikan Dahulu Pampasan Pengambilan Balik Tanah Rakyat

1054

Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) telah menerima banyak aduan daripada penduduk yang terbabit dengan Projek Cadangan Melebarkan Laluan F3 Jalan Kuala Terengganu – Kuantan Dari Kampung Kolam Marang Ke Rantau Abang Dungun.

YB satiful melawat pasir putih3aPihak kami telah menjalankan semakan dan penyiasatan terhadap aduan tersebut dan mendapati tanah penduduk yang terlibat dengan projek tersebut adalah tanah milik mereka yang sah.

Sempena lawataan BPPNT ke Kawasan Marang, saya serta semua Ahli Jawatankuasa Harian telah menziarahi lokasi dan bertemu dan mendapat taklimat dari Pengerusi Jawatakuasa Bertindak Tanah Kampung Pasir Putih Haji Mohd Deraman serta mendegar keluhan dan kesaha penduduk yang terbabit.

Oleh itu, saya menggesa kerajaan negeri, Pejabat Tanah, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor terbabit dengan projek tersebut, supaya menghentikan segera sebarang aktiviti pembinaan jalan itu, sehingga para penduduk terbabit diberikan hak mereka, pampasan yang setimpal dengan pengambilan balik tanah mereka dengan secukupnya.

Saya menasihatkan Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said, kerajaan negeri supaya menghentikan segala tindakan yang menzalimi rakyat, Pejabat Tanah dan Jabatan Kerja Raya (JKR) serta kontraktor tidak bersekongkol dengan sebarang tindakan yang bukan sahaja menyusahkan rakyat, bahkan akan dipersoalkan di akhirat kelak, sekiranya hak-hak rakyat tidak diselesaikan terlebih dahulu.

YB satiful melawat pasir putih6aSeharusnya slogan ‘Merakyat Pentadbiran dan Membangunkan’ yang siamalkan oleh kerajaan Terengganu itu adalah bersifat adil dan saksama terhadap sebarang tindakan yang melibatkan rakyat.

Sebarang harta rakyat yang diambil semula oleh kerajaan seharusnya diberi pampasan setimpal dan selayaknya, kecuali mereka yang tidak prohatin dan tidak berperikemanusiaan dan cenderung kepada melakukan penyelwengan, ketidakadilan serta kezaliman.

PAS Terengganu tegas dalam soal ini, dan akan terus menentang penyelewengan, ketidakadilan dan tindakan zalim kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

YB Ustaz Satiful Bahri Mamat
Pesuruhjaya PAS Terengganu
Ahli Dewan Undanga Negeri (ADUN) Kawasan Paka
06 Jamadil-Awwal 1435H/ 06 Mac, 2014