Mushaf Dalam Lubang Tandas; PAS Lapor Polis

1253

BESUT – PAS Kawasan Besut telah membuat lapor, ekoran kejadian masjid Kampung Limbongan, Kampung Raja dekat sini dipecah masuk, dan mushaf al-Quran dikhianati dan dihina, termasuk diletakkan dalam lubang tandas.

IMG-20140304-WA0018Yang DiPertua PAS Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad membuat laporan tersebut di balai polis Kampung Raja kira-kira jam 12.30 hari ini, Selasa 4 Mac.

Menurut laporan, cermin pintu masjid berkenaan telah dipecahkan dan kejadian tersebut disedari berlaku pada jam 1 pagi.

IMG-20140304-WA0014Selain, dicampakkan ke lubang tandas, mushaf al-Quran juga di selerakkan dalam dewan solat masjid berkenaan.

Menurut catatan seorang pemilik laman sosial, kaki pelaku berdarah kerana memecahkan cermin pintu masjid dan diheret sehingga masjid dipenuhi kesan darah.

Wakil media kawasan Besut memaklumkan sebentar tadi, pasukan forensik polis telah berkejar ke masjid terbabit bagi membuat penyiasatan lanjut.

[Berita lanjut menyusul]