KUALA TERENGGANU – Seramai 30 pemuda termasuk Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Kawasan Dungun turun ke tapak pasar malam Dungun bagi menjayakan program mengedar risalah dakwah.
Program tersebut anjuran Lajnah Pembelaan Islam (FORKAD) Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun bertujuan memperingati golongan muda agar tidak meraikan sambutan hari kekasih yang diraikan setiap 14 Febuari.


” Program dakwah ini lebih berbentuk santai dan kita boleh terus berjumpa dengan sasaran. Lebih-lebih lagi hari ini, hari pasar malam,
“pemilihan lokasi amat tepat kerana menjadi tempat tumpuan pelajar Uitm dan Politeknik untuk mencari barangan mingguan.” ujar Mohammad Hanafi Abdul Aziz, Ketua Pemuda PAS Kawasan Dungun.
Tambahnya, program ini juga merupakan salah satu medium yang ada bagi berdakwah dan menyedarkan golongan muda tentang amalan songsang yang telah berakar umbi dalam negara ini.
“Promosi tentang sambutan hari kekasih telah berulang kali ditayangkan dalam kaca televisyen dan cetakan akhbar arus perdana, sehingga ada merasakan ianya seperti sambutan hari raya. Tanggungjawab kami menyekat pengaruh songsang akidah seperti ini berakar umbi dalam pemikiran golongan muda,” tambah beliau lagi.
“Saya mengucapkan tahniah kepada Pemuda Pas Kawasan kerana berjaya mengarap program santai dakwah seperti ini. Selain dapat menaikkan imej parti, orang awan juga dapat menilai parti Pas dengan lebih tepat.” ujarHaji Ghazali Sulaiman, Setiausaha PAS Kawasan Dungun yang turut hadir dalam program tersebut.


Ia di pelopori oleh Ameerah DUN Bukit Payung yang turun ke lapangan semalam Khamis 13 Februari.
Risalah ‘No To Valentines Day’ dan ‘button badge’ telah diedarkan kepada para remaja dan para pelajar di beberapa sekolah menengah sekitar DUN Bukit Payung.
Menurut Pengarah Program Cik Nuraim Adnan tujuan utama program ini diadakan adalah bagi mengelakkan anak muda terjebak dengan kancah zina.
“Oleh hal demikian kami mengedarkan risalah anti valentine’s day sambil menceritakan kepada mereka serba sedikit tentang hari tersebut yang membawa kepada bibit-bibit zina.


Nuraim berharap, usaha yang sedikit itu dapat mendidik jiwa remaja yang semakin rapuh akibat dari perubahan sosial yang mendadak.
Katanya, antara lokasi yang menjadi pilihan Ameerah mengedarkan rislah dakwah itu ialah di perkarangan Sekolah Menengah Sultan Mansor dan Sekolah Menengah Seri Payung.
Beliau berkata, program dakwah kepada anak-anak muda tersebut tidak akan terhenti di situ sahaja bahkan Ameerah telah merangka pelbagai program dan pendekatan bagi menarik lebih ramai masyarakat Islam beramal dengan Islam yang tulen.





























