SETIU – Lawatan Dewan Harian Majlis Tindakan Dewan Undangan (MTD) Jabi ke kampong dekat sini tersebut telah membuka satu lembaran baru ke arah penubuhan semula cawangan Kampung tersebut.
Menurut Pengerusi MTD Jabi, Dr Azman Ibrahim, hampir dua sesi, ahli-ahli PAS cawangan kampung Oh tidak berjaya mengadakan mesyuarat agong bagi cawangan mereka.
Beliau yang Ahli Jawtankuasa Kerja Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu, telah mengimbas kembali sejarah jatuh bangun PAS cawangan Oh.
“Ketika PAS Jabi kehilangan kerusi kepada Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum 1995, kita berada di ambang kemerosotan prestasi yang sangat ketara.


Maknanya, kata beliau, ketika ‘graf’ aktiviti orang lain menurun, Cawangan Kampung Oh mengekalkan prestasi.
“Dengan istilah lain, Kampung Oh menyimpan kehebatan tersendiri. Analisa kita berdasarkan keputusan PRU 13, Pengundi Kampung Oh menyumbang kira-kira 100 undi kepada PAS.
“Ia satu prestasi yang sangat memberangsangkan.”jelas beliau pada lawatan itu, pada Isnin 20 Januari.
Dr Azman yang juga Ketua Penerangan PAS Setiu menegaskan, ahli-ahli PAS tidak menoleh ke belakang, sebaliknya memandang ke hadapan, untuk menempa kecemerlangan.
Beliau menghargai kesungguhan ahli-ahli PAS khususnya dari Kampung Oh yang pastinya akan mengembalikan kehebatan cawangan terbabit.
“Saya sangat menghargai kesungguhan ahli-ahli kita di sini bekerja demi mengembalikan semula kehebatan kita beberapa tahun lalu.
“Syukur kepada Allah, hari ini kita bertemu untuk mengembalikan semula kehebatan lepas dengan menubuhkan semula Cawangan Kampung Oh!” Ujarnya, disambut dengan laungan takbir oleh hadirin.
Beliau memaklumkan, apa yang lebih mengembirakan adalah kehadiran beberapa orang bekas ahli Umno yang telah menukar haluan dan membuat keputusan untuk bersama PAS sejak Pilihanraya Umum ke 13 lalu.




























