Assalamualaikum, Saya mewakili saf pimpinan dan ahli Pas Terengganu ingin mengucapkan takziah kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Besut (MDB), Tuan Haji Ibrahim bin Mohamad, serta keluarga beliau diatas kejadian tembakan di kediamannya awal pagi hari ini (Isnin 6 Januari 2014). Kami juga berdoa agar Allah mengurniakan ri’ayah (pemeliharaannya) dan keselamatan serta ketenangan kepada Tuan Haji sekeluarga dalam meneruskan aktiviti harian dan melaksanakan tugas.


Tapi tiada pula laporan yg menunjukkan berlaku samun dan rompakan. Akan tetapi amat menakutkan jika kes ini adalah kes dendam ataupun ugutan disebabkan tugasan, kerana ancaman ini sekaligus akan menidakkan kuasa pegawai-pegawai kerajaan ini dan juga cuba menyekat pegawai kerajaan dari melaksanakan amanah mereka.
Suasana tersebut menambahkan lagi kebimbangan rakyat, lanjutan daripada daripada kejadian pembunuhan seorang pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Pahang juga berlaku di rumah. Suasana ini menjadi pengajaran kepada seluruh umat Islam supaya kembali kepada syariat Islam. Dengan kejadian ini juga, sekaligus memaparkan kegagalan undang-undang dan sistem yang direka oleh manusia hari ini.
Tanda tanya terus berlegar dalam fikiran rakyat, bagaimana senjata begitu mudah diperolehi? Bagaimana senjata boleh dibawa masuk dengan begitu mudah ke negara ini.? Rakyat berhak bertanya kerana keselamatan rakyat kini sudah terancam. Akan tetapi bagaimana jawapannya dari kerajaan kita tunggu.
YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan BPPNT
ADUN BUKIT PAYONG
04 Rabi’ul-Awwal 1435/ 6hb Januari 2014


























