Terengganu, Malaysia

Penunjuk Perasaan Tidak Takut, 11 Lagi Terbunuh Dalam Pertempuran Terbaru

EGYPT 040114

Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh apablia penyokong Ikhwanul Muslimin bertempur dengan polis di Kaherah dan bandar-bandar lain di Mesir , dalam penentangan berterusan rakyat terhadap pemenerintahan tentera.

Kementerian Kesihatan berkata kepada Al –Jazeera, empat kematian dicatatkan di Kaherah pada hari Jumaat, masing-masing dua di Alexandria, Ismaliya dan Fayoum , dan satu di Minya.

Sebaliknya, penunjuk perasaan berkata angka kematian sebenar jauh lebih besar .

pertempuran polis ikhwan mesirBagaimana pun kementerian itu tidak menyatakan sama ada mati itu ialah penunjuk perasaan , polis atau penonton.

Puluhan lagi dilaporkan cedera, manakala sekurang-kurangnya 122 orang telah ditangkap, menurut pegawai-pegawai perubatan dan keselamatan.

Pertempuran berlaku di tengah-tengah tindakan keras pemerintah Mesir semakin meluas terhadap pergerakan Ikhwanul Muslimin .

Perhimpunan menyokong Presiden digulingkan Mohamed Morsi telah bertukar menjadi pertumpahan darah, tindak balas penentangan terhadap cadangan referendum yang akan diadakan akhir bulan ini.

Undang-undang yang akan diperkenalkan itu akan mengharamkan parti-parti politik berasaskan agama dan memberi kuasa yang lebih kepada tentera.

Ia juga adalah satu langkah pemerintah ke arah pembasmian sepenuhnya Ikhwan al-Muslimin dari kehidupan masyarakat selepas kumpulan itu memenangi setiap pilihan raya di Mesir sejak Hosni Mubarak digulingkan pada tahun 2011.

‘ Kami tidak takut ‘

Penunjuk perasaan membakar kenderaan polis di Kaherah menggunakan bom petrol ketika polis bertempur dengan penunjuk perasaan di jalanan, di ibu Negara Mesir itu.

“Kami tidak takut, kita sayangkan Mesir dan apa yang kita lakukan ini adalah untuk Mesir,” kata Mohamed Dahi , 39, yang menyertai bantahan sebagaimana seruan risalah yang diedarkan, menggesa untuk memboikot referendum.

” Saya menentang semua ketidakadilan dan peraturan tentera. Saya tidak akan menerima sebarang pemerintahan tentera di Mesir, ” Dahi memberitahu agensi berita AFP

Beliau turut membawa anak lelakinya yang berusia 10 tahun dalam tunjuk perasaan itu
Penunjuk perasaan melaungkan ” Hancur pemerintahan tentera ” dan slogan anti ketua tentera Abdel Fattah el- Sisi , yang menjadi dalang menggulingkan Morsi dari jawatan presiden pada bulan Julai.

Pertempuran berlaku kurang dari dua minggu sebelum pengundian terhadap perlembagaan baru , oleh pihak berkuasa yang disokong tentera yang berjanji kononnya akan membuka jalan untuk kembali kepada peraturan demokrasi pada musim panas akan datang

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan