Pendaftaran Pelajar PASTI 2014

5733

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) sebuah pusat pendidikan prasekolah yang dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia kini kian berkembang dengan pesat sering dengan zaman modan hari ini dan ianya telah menyemarakkan lagi pendidikan Islam diawal usia kanak-kanak.

Pengambilan pelajar baru PASTI Negeri Terengganu kini sedang berlangsung diseluruh PASTI bagi sesi persekolahan 2014 sehingga akhir bulan disember ini. Ianya terbuka kepada kanak-kanak yang berumur 4, 5 dan 6 tahun.

Persekolahan PASTI bagi sesi baru dijangka akan bermula pada 1 Januari 2014 diseluruh negeri Terengganu.

PASTI juga, telah memperkenalkan kelas Pra-Tahfiz dan akan dijalankan dibeberapa buah PASTI yang dijangka akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para ibubapa. Ianya adalah sejajar dengan matlamat dan hasrat PASTI agar pelajar-pelajarnya dapat membaca dan memahami isi kandungan al-Quran serta menepati kehendak semasa.

Pihak PASTI juga, berharap semua pihak dapat memberikan perhatian dan kerjasama yang sebaiknya bagi memastikan sesi pendaftaran dan persekolahan PASTI berjalan dengan lancar. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diatas segala usaha yang dilakukan demi memartabatkan PASTI untuk Islam tercinta.

Sekian, terima kasih.

“DAFTAR PASTI DAHULU, ISLAM NOMBOR SATU”
“MENDIDIK GENERASI BERTAQWA”

Ustaz Mohd Riduan Abu Bakar
SETIAUSAHA
JABATAN PENDIDIKAN PASTI
NEGERI TERENGGANU

Klik Untuk Link Senarai PASTI Terengganu;

1. PASTI Besut
2. PASTI Setiu
3.PASTI Kuala Nerus
4.PASTI Hulu Terengganu
5. PASTI Kuala Terengganu 1 / 2
6. PASTI Marang 1 / 2
7. PASTI Dungin 1 / 2
8. PASTI Kemaman 1 / 2