Singapuran Haramkan Penjualan ‘Alkohol’ Di Little India

790

Pemerintah Singapura mengumumkan penghantaran pulang 53 pekerja asing dan mendakwa 28 yang lain kerana terlibat dengan rusuhan terseburuk di Negara ‘pulau’ itu.

Ketegangan yang berlaku padfa awal bulan ini di sebuah kawasan dipanggil ‘Little India’ mengejutkan warga Negara itu yang selalunya berbangga dengan disiplin dan kebersihan.

Dalam kejadian itu, segerombolan 400 orang telah membakar kenderaan dan bertempur dengan polis selepas seorang pekerja keturunan India mati dalam satu kemalangan jalanraya.

Daripada 53 orang yang dihantar pulang, 52 orang adalah warga India dan seorang warga Bangladesh

Kesemuanya 28 orang yang didakwa adalah warga India yang menghadapi hukuman penjara
selama tujuh tahun dan sebatan. Polis yang menyiasat kes tersebut telah menggugurkan tuduhan keatas tujuh orang yang lain.

Manakala 200 orang warga asing yang berada di lokasi rusuhan yang hanya terlibat secara ‘pasif’ dirujuk kepada nasihat formal oleh pihak polis, dan mereka dibenarkan terus menetap di Singapura.

Perdana Menterinya Lee, menyifatkan kejadian tersebut sebagai kes terpencil tetapi memberi ingatan supaya insiden buruk itu tidak mencemar pandangan warga Singapura terhadap pekerja asing di Republik itu.

Kejadian rusuhan itu telah menimbulkan perdebatan hangat terhadap polisi Singapura mengimpot tenaga kerja asing, yang kini berjumlah tidak krang dari satu perlima jumlah penduduknya seramai 5.4 juta orang

Walaupun menerima tekanan ekoran kejadian rusuhan itu, Singapura tidak akan mengubah polisinya terhadap mengambil buruh asing.

Berikutan kejadian yang memeranjatkan itu, yang didorong oleh pekerja asing mabuk di ‘Little India’, pemerintah Singapura telah mengharamkan penjualan ‘minuman berakohol’ di kawasan tersebut.