Rayuan Besar PBB AS 6.5b Buat Syria

1178

PBB membuat rayuan ke seluruh dunia sebanyak AS 6.5b untuk membantu mangsa konflik Syria, adalah terbesar yang pernah dibuat badan dunia itu untuk menghadapi krisis tunggal.

Rayuan untuk Syria dan negara-negara jiran untuk membantu 16 juta orang pelarian, kebanyakan mereka adalah mangsa yang lapar dan tidak berumah ekoran konflik yang telah berlangsung selama 33 bulan, seolah-olah tiada akhirannya.

Rayuan untuk Syria adalah separuh daripada pelan pembiayaan keseluruhan sebanyak $ 12.9 bilion 2014 untuk membantu 52 juta orang di 17 negara, diumumkan oleh Penyelaras Bantuan Kesecemasan PBB, Valerie Amos pada mesyuarat negara penderma di Geneva, hari Isnin.

amos1“Ini adalah jumlah terbesar yang pernah (dan) terpaksa diminta pada permulaan tahun ini,” kata Amos [Gambar kanan] pada sidang akhbar.

Bantuan kewang yang diminta untuk Syria, meliputi belanja untuk membiayai makanan , minuman , tempat tinggal , pendidikan , perkhidmatan kesihatan dan vaksin polio.

Lebih daripada 100,000 orang terbunuh dalam perang saudara yang telah mengakibatkan berjuta-juta orang menjadi pelarian, apabila banyak bandar yang musnah dan mendatangkan malapetaka kepada ekonomi dan perkhidmatan awam.

Mata wang Syria telah menjunam sebanyak 80 peratus sejak pemberontakan bermula pada Mac 2011, dan pemusnahan rangkaian air telah menyebabkan 10 juta orang, hampir separuh penduduk Syria sebelum perang, bergantung nasib kepada PBB.

“Walaupun mungkin keganasan akan dihentikan esok, kita akan (masih) perlu mengekalkan bantuan kemanusiaan untuk masa depan ,” katanya lagi.

Amos berhati-hati dan tidak yakin mengenai kemungkinan kejayaan rundingan damai di antara pemerintah Presiden Bashar al- Assad, dan lawan beliau yang dijadualkan bermula di Switzerland pada 22 Januari.