Perdana Menteri Turki telah mengutuk pelaksanaan hukuman gantung seorang pemimpin pembangkang di Bangladesh, dan menganggapnya satu kesilapan yang tidak dimaafkan sejarah.
Recep Tayyip Erdogan berkata beliau menelefon rakan sejawatannya dari Bangladesh, Sheikh Hasina, beberapa jam sebelum pelaksanaan hukuman itu, tetapi pihak berkuasa Bangladesh tetap melaksanakan hukuman kepada Abdul Quader Mollah.
Abdul Quader Mollah, disabitkan melakukan jenayah perang pada 1971 ketika Bangladesh menunutut kemerdekaan daripada Pakistan dan negara Bangladesh pun masih belum wujud ketika itu.
Hukuman gantung telah dilaksanakan pada hari Khamis hanya beberapa jam selepas Mahkamah Agung negara itu menolak rayuan minit terakhir.
Bimbang dengan peningkatan keganasan dan kemunculan ketidakstabilan di negara ini , Turki telah melaksanakan usaha-usaha diplomatik untuk mencegah pelaksanaan hukuman keatas Mollah.
Erdogan menggesa rakan sejawatannya dari Bangladesh untuk menghentikan atau menangguhkan pelaksanaan hukuman pada hari Khamis.
Beliau melahirkan rasa kesalnya di atas kematian Mollah ketika bercakap kepada orang ramai di wilayah Aegean İzmir pada hari Jumaat .
Beliau berkata terdapat hampir 300 kes sama dengan Mollah berpunca daripada perang kemerdekaan dan bercakap mengenai keperluan untuk meletakkan supaya kes politik tersebut berakhir.
“Saya ingin menegaskan khususnya bahawa jenis-jenis penyiasatan, berdasarkan emosi, perlu berakhir dan semua orang menjangkakan merealisasikan keadilan, ” kata Erdogan .
Beliau juga menyeru rakyat Bangladesh tidak ” meninggalkan perjuangan politik. ”
” Oleh kerana menarik diri bermakna meninggalkan dataran [ pertempuran ] untuk kuasa lain dan seseorang tidak perlu tayar (ganti) perjuangan untuk demokrasi, ” tambah Erdogan .
Sementara itu , Ankara mengutuk pelaksanaan hukuman gantung terhadap Mollah.
Selain Turkey beberapa negara Eropah termaduk German turut mengutuk hukuman tersebut.




























