Zakat, Sedekah Juga Fidyah Boleh Disumbang Kepada Mangsa Bencana

1500

KUALA TERENGGANU – Bencana yang melanda manusia adalah ujian dari Allah SWT dan disebut sebagai ‘musibah’ dalam Islam sebagaimana pernyataan Allah dalam al-Quran surat al-Baqarah ayat 155 hingga 157 yang bermaksud;

‘‘Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar, yaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata, sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali,”(Al-Baqarah: 155-156)

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr. Ustaz Khairuddin Aman Razali berkata umat Islam yang menerima musibah itu hendaklah bersabar dan berdoa memohon keampunan dan keringanan ‘impak’ dari musibah tersebut.
“Perlu bersabar dengan menyebut ‘innaliLlah….’ (sesungguhnya ia adalah daripada Allah) dan (membaca) beberapa doa ketika kesukaran,

“antaranya membaca doa nabi Yunus ketika beliau berada dalam perut ikan ‘Nun’,”ujarnya.

Bagi mereka yang tidak ditimpa oleh musibah tersebut, beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus menganjirkan supaya bersyukur kepada Allah dengan ucapan puji-pujian dan menzahirkan rasa kasihan dan prihatin terhadap mangsa musibah.
Katanya, mangsa bencana berhak mendapat agihan zakat dan ‘Infaq’ kepada mereka yang susah sangat digalakkan.

“Mangsa bencana, umpamanya mangsa banjir berhak mendapat sumbangan zakat dan infaq kepada mereka sangat digalakkan,

“kerana nabi SAW bersabda sesiapa yang melepaskan satu kedukacitaan dari seorang mukmin (sesungguhnya) Allah buka dukacita (pada diri)nya di hari akhirat,”jelasnya.

Orang ramai juga, kata beliau, boleh menyumbangkan zakat dan beras ‘fidyah’ kepada mereka serta pemberian hadiah adalah sangat-sangat dialu-alukan.