Penunjuk perasaan di Bangkok, Thailand, telah memotong bekalan elektrik untuk ‘menawan’ pejabat Perdana Menteri dan meminta polis meninggalkan premis itu.
Terdahulu pada hari Khamis sekumpulan penunjuk perasaan di kalangan pelajar memotong kawat berduri dan memanjat dinding Rumah Kerajaan, di mana pejabat Perdana Menteri terletak di dalamnya..
Para penunjuk perasaan yang disokong pembangkang, cuba memaksa penggantian kerajaan sementara Perdana Menteri Yingluck Shinawatra sebelum pilihan raya 2 Februari, telah mengancam untuk memaksa cara mereka jika polis tidak meninggalkan bangunan tersebut .
Mereka mahu bangunan kerajaan itu diserahkan kepada kawalan angkatan tentera.
Al Jazeera melaporkan dari Bangkok memetik pemimpin pembangkang Suthep Thaugsuban menggesa tentera untuk mengambil pendirian dan menyokong rakyat.
“Beliau mahu satu mesyuarat dengan mereka beberapa kali hari ini, pihak tentera masih menimbangkan sama ada mereka akan menemerima panggilan itu, ia akan menjadi satu perkembangan penting jika tentera tidak mengambil sisi,”lapor al-Jazeera


























