Notis Khas ‘Ops Bersih 5.0’; Kerahan Pemuda Turun Ke Kemaman

1394

Sehubungan dengan arahan yang dibuat oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) memohon kepada seluruh Pemuda PAS disemua peringkat untuk turun beramai-ramai sepertimana berikut:

Tarikh : 13 dan 14 Disember 2013
Hari : Jumaat dan Sabtu
Tempat : Kemaman
Masa : bermula 8.30 pagi setiap hari

Oleh itu, semua pemuda yang turun bertugas diminta melaporkan diri di Markas BG Banjir Induk di Pejabat PAS Kawasan Kemaman atau Urusetia BERSIH 5 Pemuda Negeri di Surau Batu 2, Cukai Kemaman.

Tema Pakaian Adalah Warna Merah atau Maroon sebagaimana warna seragam Unit Amal.

Penginapan kepada senmua tenaga Pemuda adalah disediakan di Surau Batu 2 Cukai Kemaman.

Ayuh semua Pemuda kita turun beramai-ramai bagi menyumbang tenaga dan menghulurkan bantuan khas buat mangsa musibah banjir yang paling teruk dalam tempuh 27 tahun ini.

“Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul”

“INFIRU.:
“RAHMAT UNTUK SEMUA”
“ORANG MUDE GENG KITE”

Mohd Nasir Razak
Setiausaha
DPP Negeri Terengganu
12 Disember, 2013.