Pegawai tinggi di beberapa Bandar utama selatan Thai terpaksa bekerja dari rumah selepas protes aktivis pembangkang mengelilingi bangunan majlis perbandaran .
Penunjuk perasaan telah mengepung kemudahan kerajaan bukan sahaja di ibu negara Bangkok tetapi juga di bahagian-bahagian lain di negara ini , termasuk sebuah bandar selatan.
Seorang gabenor di wilayah Selatan, yang tidak dapat bekerja dari pejabatnya berkata, beliau tidak mahu bertembung penunjuk perasaan dan menegaskan bahawa keadaan terkawal.
Semua pekerja awam telah mengosongkan Dewan Wilayah Phuket dan bangunan Pertubuhan Pentadbiran Wilayah Phuket yang berhampiran, berikutan tindakan protes rakyat Thailand.
Kira-kira 1000 penunjuk perasaan anti -kerajaan berhimpun di bangunan tersebut.
Dalam pada itu, di 13 wilayah di selatan Thailand, penunjuk perasaan juga dipercayai memujuk kakitangan awam berhenti kerja.
Protes aman adalah sebahagian daripada kempen yang berterusan, yang berpusat di Bangkok merebak ke seluruh Negara Thailand.
Penunjuuk perasaan mendesak Perdana Menteri Yingluck Shinawatra yang merupakan adik kepada bekas Perdana Menteri Thaksin, supaya meletakkan jawatan atasa tuduhan rasuah dan nepotisme.
Sebaliknya Yingluck menegaskan bahawa kerajaan beliau tidak berfungsi di bawah sistem ” Thaksin. ‘




























