Walaupun mendapat sokongan perisikan rasmi dari beberapa negara Arab, termasuk Mesir, gerakan Tamarod terhadap Islam dan Hamas di Gaza telah gagal.
Di GaZa, Tamarod telah cuba untuk meniru pengalaman pergerakan Tamarod Mesir, dimana dengan bantuan tentera Mesir, presiden pertama di negara ini yang dipilih secara demokrasi telah digulingkan dalam rampasan kuasa.
Namun pergerakan itu telah mendapati bahawa ia tidak dialu-alukan di Gaza.
Tamarod di Gaza memilih 11 November, tarikh menandakan ulang tahun kesembilan kematian Yasser Arafat Pemimpin Pihak Berkuasa Palestin, untuk memulakan aktiviti-aktiviti anti -kerajaan itu.
Melalui media sosial, mereka memanggil orang ramai untuk menyokong mereka dan mula bergerak dari pasar ke dataran awam yang dikhaskan, mengambil jalan-jalan raya untuk menunjukkan protes , apa yang mereka dipanggil, penindasan Hamas di Gaza.
Polis Palestin di GaZa telah berebaran di beberapa bulatan utama di Gaza, namun setelah seharian berlalu pada 11 November, tidak ada apa-apa tanda yang menunjukkan demonstrasi berlaku di mana-mana di sepanjang keseluruhan semenanjung Gaza.
Jurucakap Hamas Salah Al- Bardaweel menyifatkan bahawa usaha mereka telah gagal kerana ” kesedaran rakyat Palestin ” terhadap akibat apa-apa pergerakan ” tidak beretika” .
” Mereka melihat apa yang berlaku di tangan gerakan Tamarod di Mesir, yang disokong oleh tentera, ” katanya.
Beliau mengingati pergerakan seakan ‘Tamarod’ yang menentang kerajaan yang sah di wilayah Palestin kembali pada tahun 2007 . Ia disokong oleh AS dan Israel, dan telah dijalankan oleh Fatah. Mereka berjaya melalui keganasan di Tebing Barat , tetapi gagal di Gaza.
Penulis dan pengarah Pusat Pengajian dan Penyelidikan Masa Depan, Ibrahim Al- Madhoun , berkata bahawa: ” Kegagalan dijangka kerana Tamarod tidak mempunyai operator yang nyata di bumi GaZA. Semua pihak yang mengeluarkan arahaN adalah mereka yang berada di Tebing Barat , Mesir dan Eropah. .










