Perlantikan Jawatankuasa Masjid Perak Perlu Dihormati

1271

Beliau berkata demikian dalam kenyataannya hari ini turut memberi amaran supaya Umno jangan menderhaka dan menyanggah keputusan Raja Muda Perak.

”Jika Umno Perak masih lagi berkeras dan tidak bersetuju  dengan senarai baru yang telah disahkan oleh Raja Muda Perak, ini menunjukkan Umno Perak jelas menunjukkan sikap ‘derhaka’, tidak menghormati keputusan yang dipersetujui Raja Muda Perak itu,” jelas beliau.

Menurutnya, sebelum ini kaedah yang digunakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Perak dalam memastikan terbentuknya Ahli Jawatankuasa Masjid sangat bertepatan dengan prinsip demokrasi dan adil, Pakatan Rakyat Perak telah memberikan mandat kepada Majlis Agama Islam Perak (MAIP) iaitu Orang Besar Jajahan (OBJ), Penghulu Mukim dan Pegawai Tadbir Agama (PTA ) membuat pilihan tanpa campurtangan politik mana-mana pihak termasuk Pakatan Rakyat sendiri pada ketika itu

Katanya,  kaedah yang betul ini tidak digunakan oleh kerajaan BN, yang mana UMNO Perak  telah membuat senarai pemilihan mengikut kehendak parti itu, ini jelas menunjukkan UMNO Perak telah melanggari prinsip demokrasi dalam perlantikan ahli jawatankuasa masjid.

Memetik kata-kata beliau “Sebelum ini Umno guna kaedah ketua cawangan pilih siapa jawatankuasa Masjid yang mereka mahu, kemudian diserahkan kepada ketua bahagian, kemudian diserah kepada Pengarah JAIP untuk disahkan oleh Majlis Agama (MAIP).

“Umno dengan jelas telah mengenepikan hak JAIP (Jabatan Agama Islam Perak) dengan tidak membenarkan JAIP ubah senarai itu malah dipaksa untuk mengesahkannya,”

Sehubungan itu beliau juga menasihatkan agar Umno jangan sesekali mencuba untuk mengenepikan Istana demi mencapai hasrat mereka menguasai masjid.