Selepas membuat kunjung hormat dan menerima pandangan serta nasihat dari kedutaan Malaysia di Khortum, hasrat Yayasan Amal Malaysia utuk ke Mogadishu di tangguh dan misi beralih ke bandar Juba, ibu negara bagi Republik Sudan Selatan (Republic South Sudan – RSS ).


“Hasil sokongan dan dokongan Amerika Syarikat, Barat dan Israel, selepas pemberontakan kumpulan kristian Pergerakan Pembebasan Rakyat Sudah (Sudan People’ Liberatio Movement -SPLM) pimpinan John Garang yang panjang, telah memaksa satu ‘referendum’ di buat yang akhirnya, Sudan Selatan berpisah dari negara Sudan (dan terpaksa) di merdekakan pada Julai 2011.
“Jumlah umat Islam di Sudan Selatan adalah hanya sekitar 17% daripada 10.58 juta penduduknya, manakala yang beragama kristian hanyalah kira-kira 15% dan bakinya menganut animisma dan ritual masyarakat setempat, namun kerana pimpinan SPLM beragama kristian, mereka telah mendominasi negara itu,”ujarnya


“Setelah berpisah dari Sudan dan Sudan Selatan berdiri sebagai negara sendiri, semua institusi yang sebelumya dibawah kerajaan Sudan yang melaksanakan pengurusan dan pentadbiran berasaskan dasar-dasar Islam seperti institusi pendidikan, dan pejabat-pejabat telah ditutup dan bahasa rasmi (iaitu) bahasa Arab sebelum ini telah ditukar dengan bahasa setempat,
“bagi kakitangan yang bekerja dan mahu kekal bekerja selepas kerajaan baru mesti menukar nama mereka kepada ‘nama kristian’ dan sebahagian besar penduduk yang sebelumnya Islam terpaksa menukar ‘agama’ atas desakan kerja dan kesempitan hidup,”jelasnya.


“Islam mereka terlalu baru, ditindas pemerintah kristian, (ditambah) krisis kemiskinan dan pihak gereja dan kristian terus menerus mempelawa mereka kepada agama mereka,
“justeru itu, sempena sambutan Eidul Adha ini (1434H/2013M), InsyaAllah saya bersama Yayasan Amal Malaysia diamanahkan untuk mmimpin misi Qurban,
Perubatan dan Dakwah, satu misi kemanusiaan dan bagi menyelamatkan aqidah umat Islam di Republik Selatan Sudan,”kata Haji Hussin.
Menurutnya, seramai 16 orang akan menyertai misi tersebut yang akan dilaksanakan dengan kerjasama sebuah NGO Islam di Suda Selatan pimpinan Dr Gassim Barnaba yang juga bekas Menteri Sudan dan cucu kepada ‘Archbishop Besar’ Afrika Timur serta Mr. Alison Barnaba Yacub Mangu seorang bekas Setiausaha Gereja di Selatan Sudan.































