Bajet 2014 Mesti Memasukkan Peruntukan SAR

1153

KUALA TERENGGAU – PAS menegaskan, kerajaan wajib memasukkan peruntukan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dalam Bajet bagi tahun 2014 yang akan dibentang pada Oktober depan, kerana ia termaktub dalam perlembagaan persekutuan.

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat Ustaz Datuk Abu Bakar Chik berkata, seramai lebih 1,000 orang wakil pendidik dan NGO berkaitan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dari seluruh tanah air telah berhimpun di Parlimen tahun lalu [Gambar bawah] kerana kegagalan kerajaan memasukkannya dalam bajet 2013.

sar3“walaupun tidak ramai tetapi ribuan orag telah keluar ke parlime semasa (pembentangan) bajet tahu lepas (2013) memberitahu kepada ahli parlimen, da memberitahu kepada kerajaan da juga kepada masyarakat,

“bahawa mereka mestilah memberika (perutukan) kepada Sekolah Agama Rakyat menurut perlembagaan, hak perkapita bahkan kalau berdasarkan perkapita itu ada peruntukan makan kepada setiap pelajar dan ada peruntukan lain-lain yang jumlah (agak) banyak,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat bersama ibu bapa para pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyah DarulIman, di Kampung Tok Jiring dekat sini pada Khamis 26 September.

[Lihat Video]

Beliau yang juga Pengerusi Sekolah Agama Rakyat tersebut berkata, pihak pertubuhan SAR akan mengambil tindakan yang sama seperti tahun lalu sekiranya kerajaan masih gagal memberikan peruntukan tersebut.

Katanya, dalam persidangan meja bulat pertubuhan itu yang di adakan di negeri Kedah pada minggu sebelumnya dan satu persidangan yang serupa akan diadakan di Kuala Lumpur pada minggu ini.

sar4“Pada tahun ini (pertubuhan SAR) akan mengambil langkah yang sama kalau sekiranya kalau kita dapati bajet yang dikemukakan tidak mengambil kira tuntutan kita pada tahun yang lepas,

“kita sudah menggerakansemua jentera kita kepada masyarakat dan sekolah-sekolah agama rakyat seluruh Malaysia bermula pada persidangan meja bulat di negeri Kedah pada minggu lalu,

“pada minggu ini kita aka adakan satu persidangan di Kuala Lumpur dan kita akan membuat penilitian pembangunan SAR dan kita harap selaras degan itu ia diambil kira dalam peruntukan bajet pada tahun 2014,”tegasnya.

Sehingga kini, kata beliau, terdapat respon yang baik oleh pihak kerajaan terhadap tuntutan yang dibuat pada tahun lepas, setelah ia dibawa kepada Majlis Raja-Raja Melayu.

Menurutnya, tindakan selanjutnya, termasuk menuntut peruntukan tersebut melalui kaedah perundangan mungkin akan dibuat.

Namun ia bergatung kepada pegumuman bajet 2014 yang dibuat oleh Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri pada bulan hadapan.