Jauhkan diri dari aktiviti yang tidak sihat dan tidak bermanfaat

1747

KEMAMAN – Mayat Muhamad Aryye Azwan, 25, yang lemas di dalam Sungai Chukai di Jakar telah ditemui oleh pasukan Bomba dan Penyelamat pada jam 5.20 petang pada Sabtu 31 Ogos.

Menurut Ahli Dewan Undangan (ADUN) Chukai, Haji Hanafiah Mat pihak Bomba telah memulakan pada jam 9.30 pagi, Jumaat 30 Ogos, sebaik menerima laporan kejadian lemas itu.

1004707_689539914410075_1832542451_n“saya telah diberi taklimat oleh pihak keselamatan dan Bomba, arwah Muhammad Arrye yang sedang memancing bersama beberapa rakannya tiba-tiba terjun ke dalam sungai apabila melihat pihak polis datang kira-kira pada jam 5.25 pagi Jumaat,

“tidak tahu sebab apa beliau terus terjun ke dalam sungai, tetapi apabila pihak polis membuat laporan kepada pasukan Bomba dan Penyelamat, kerja-kerja mencari dan menyelamat terus dibuat,”ujarnya ketika ditemui di lokasi kejadian pada lewat petang Sabtu.

Beliau mula memantau kerja-kerja mencari mangsa sebaik diberitahu tentang kejadian itu pada pagi Jumaat dan pihak Majlis Tindakan DUN PAS Chukai turut menyumbangkan sedikit kebajikan kepada pasukan keselamatan dan Boma yang bertugas.

Selaku wakil rakyat, beliau turut menziarahi keluarga arwah Muhamad Aryye di Kampung Dusun Nyior bagi mememberikan maklumat semasa usaha mencari dan menyelamat yang dilakukan oleh pihak keselamatan dan Bomba.

Oleh itu, belau merakam ucapan takziah kepada keluarga arwah dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha yang murni itu.

“saya mengucapkan syukur kepada Allah dan terima kasih kepada semua pihak termasuk pihak polis, Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam. orang-orang kampung dan individu yang prihatin,

“sehingga lah mayat arwah ditemui dan InsyaAllah dapat diuruskan dan disemadikan dengan sebaiknya,”jelasnya.

Haji Hanafiah yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu menasihatkan orang-orang muda dan para belia agar menghindarkan diri dari aktiviti yang tidak sihat dan yang tidak mendatangkan manfaat.

“biarlah kehidupan kita memberikan manfaat kepada agama dan bangsa dan kematian kita dikenang sebagai orang yang mati dalam perjuangan, yang disaksikan oleh para malaikat di akhirat kelak,

“dalam bulan ini sahaja sudah dua orang yang meninggal dunia, kerana tiba-tiba terjun ke dalam sungai,”katanya.