Kalimah Allah; Keputusan mahkamah selari dengan PAS

1294

Keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini yang menolak rayuan Gereja Katolik dalam permohonan mengetepikan rayuan Putrajaya untuk mengubah keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan akhbar mingguan Herald menggunakan perkataan Arab “Allah” sebagai terjemahan bahasa Melayu kepada “God” adalah selaras dengan hasrat ummat Islam di Malaysia dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

200px-Allah.svgPAS telah membuat keputusan seperti yang dikeluarkan oleh Majlis Syura Ulamak dalam mesyuarat pada 2 Rabiul Awwal 1434 bersamaan 13/1/2013 seperti berikut:

“Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah.” (rujuk http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/15915-majlis-syura-semua-boleh-guna-tetapi-tidak-boleh-terjemah-nama-allah)

Perlu diperingatkan bahawa isu Agama dan kaum adalah isu-isu sensitif yang tidak seharusnya dimanipulasikan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu. Untuk itu semua badan-badan keagamaan dan institusi-institusi keagamaan mestilah bertanggungjawab apabila membangkitkan isu-isu ini agar keadilan Islam dapat diserlahkan dan Islam diterima sebagai agama yang adil untuk semua.

Dato’ Ustaz Haji Abu Bakar Chik
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat