Bah Gelombang Ketiga Mula Melanda

1234

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/12/HUJANJAMBATANSMAHMUD.jpgMangsa-mangsa bencana alam itu.mula dipindahkan setelah beberapa dinaiki air sejak petang semalam.

Agensi berita Bernama memetik Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu berkata, 241 orang penduduk di daerah Marang dipindah dari tiga buah kampong.

Seramai 168 orang dari Kampung Kijing, 65 orang dari Seberang Marang dan lapan orang dari Kampung Pulau Kerengganu mula dipindahkan sejak petang semalam.

(Gambar – Jambatan Sultan Mahmud, petang semalam)

Manakala penduduk di daerah Kuala Terengganu Utara khususnya Parlimen Kuala Nerus dalam keadaan berjaga-jaga.

Tinjauan Buletinonline ke kawasan paling rendah, Taman Desa Pusu Tiga , air masih belum mambanjiri kawasan perumahan tersebut.

Walaupun begitu, rata-rata penduduk, telah pun meletakkan kenderaan masing-masing di kiri dan kanan jalanraya, bagi mengelakkan ia ditenggelami air, sekiranya berlaku banjir secara tiba-tiba.

Berlaku kesesakan lalu lintas di jambatan Sultan Mahmud kerana hujan lebat yang turun di Kuala Terengganu menyebabkan kenderaan bergerak perlahan di jambatan Sultan Mahmud.

Jadual keaadaan cuaca dalam tempoh seminggu yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi menjangkakan, keadaan hujan turun pada setiap hari walaupun tidak pada setiap masa.

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/12/hujankt1.jpg

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/12/hujankt.jpg