Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) InsyaALlah akan mengadakan Majlis Ramah Mesra Sempena Idul Fitri pada 2 Syawal 1434H/ bersamaan 9 Ogos 2013 yang bertempat di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang.
Majlis sambutan ini adalah majlis tahunan, diadakan setiap tahun bagi meraikan kepulangan anak-anak Terengganu di perantauan sempena musim perayaan.
BPPNT mengambil peluang ini untuk menghimpunkan seluruh anak Terengganu di perantauan disamping menyampaikan makumat dan perkembangan semasa parti serta membina hubungan yang erat antara pemimpin PAS Negeri dengan anak-anak perantau yang pulang bercuti.
Konsep program pada tahun ini agak berlaianan dengan tahun-tahun sebelumnya, kerana kita adakan di tempat yang lebih terbuka iaitu di Dewan Tok Guru, Rusila dan merupakan buat julung kalinya mengadakan program ini di dewan tersebut.
Antara tujuan Majlis ini adalah bagi melahirkan rasa terima kasih dan penghargaan PAS Terengganu kepada anak-anak di Perantauan yang telah memberikan sokongan dan dokongan berterusan terhadap perjuangan Islam dan PAS.
Dengan sokongan mereka, PAS berjaya melonjakkan pencapaian hampir seratus peratus dalam pilihanraya umum kali ke-13 lalu.
Dengan dokongan mereka pelbagai program utama PAS Terengganu sebelum itu, umpamanya Himpunan PGU, pembangunan pendidikan, sumbangan infaq dan sedekah, membolehkan PAS terus memberikan khidmat ‘Berkebajikan’ kepada rakyat.
Mewakili Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu saya mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Fitri dan denga segala sukacitanya menjemput semua anak-anak Terengganu di perantauan datang beramai-ramai bagi memeriahkan lagi majlis pada 2 syawal 1434 Hijrah iaitu pada 9 Ogos 2013 itu nanti.
Ustaz Wan Mohd Mizan
Pengarah Program
Majlis Ramah Mesra Sempena Idul Fitri 1434H
Ahad 26 Ramadhan/ 4 Ogos, 2013











