Laksanakan Sistem Pendaftaran Pemilih ‘Auto’ Segera!

962
http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/SPR%20pengundi.jpg

Namun begitu, PAS merasa hairan mengapa PM sekarang baru sedar dan mengakui hari ini bahawa pelaksanan sistem ini praktikal untuk dilaksanakan sedangkan Pakatan Rakyat telah lama menyuarakan perkara ini.

Langkah kerajaan walaupun nampak betul, ia dilihat sumbang. Sepatutnya cadangan ini telah lama dipraktikkan sebelum PRU ke 13 lagi bagi memberi laluan jutaan rakyat terutama golongan kali pertama (first time voters) mendaftarkan diri dan seterusnya menunaikan hak mereka.

Dengan kaedah yang diguna pakai sekarang, hanya pengundi yang mempunyai kesedaran tinggi dan berkelapangan sahaja berusaha mendaftarkan diri mereka. Majoriti penduduk terutama anak-anak muda yang tidak mempunyai kesedaran berhubung hak mereka memilih mendiamkan diri atau mengasingkan diri daripada menjadi pengundi. Menjadi kesukaran buat parti-parti politik turun berkempen menyedarkan rakyat agar mendaftar diri secara sukarela disamping berkempen agar rakyat membeirkan undi buat mereka.

Dalam keadaan negara yang semakin berkembang dengan teknologi baharu dan pelbagai kemudahan terkini diperkenalkan, sistem pendaftaran pemilih secara automatik boleh menjadi amat mudah dan pantas.  Jika cadangan ini dilaksanakan, tidak perlu parti politik bersusah payah membuka kaunter pendaftaran pemilih dengan kempen pendaftaran di mana-mana tempat atau SPR melantik ejen pendaftaran pemilih bagi mengajak rakyat mendaftar sebagai pemilih. Bukankah ia menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit semua pihak termasuk SPR dan parti parti politik.

PAS meminta kerajaan segera melaksanakan cadangan ini tanpa berlengah lagi. Menanti PRU ke 14 dalam tempoh 5 tahun mendatang, ia bakal mendatangkan masalah andai ia tertangguh-tangguh beberapa tahun. Setiap parti politik perlu bergerak ke hadapan dan antara langkah penting adalah mendaftarkan pemilih sesegera mungkin. Jangan menunggu sehingga akhir penggal baru cadangan ini terlaksana dengan pelbagai kerumitan yang keributan akan timbul bagi menambah kekecohan pada PRU ke 14.

DATO’ USTAZ  TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Ketua Penerangan PAS Pusat