Belia Pencorak Fenomena Politik Dan Kepimpinan Masa depan

825
http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/DPPNT%20Hari%20Belia.png

“Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.”   

Kami yakin bahawa belia hari ini akan menjadi pencorak fenomena politik dan corak kepimpinan di masa depan. Masa depan untuk Islam. Oleh itu, generasi belia perlu merasa tinggi dan mulia dengan sanjungan Rasulullah : “Golongan muda yang setia membantuku.”

Justeru, generasi belia perlu memperkukuhkan keilmuan, aqidah dan kemahiran mereka untuk membina pembangunan yang seimbang dan adil. Generasi belia yang tidak terasing daripada gelombangan kesedaran politik untuk menentang segala kebejatan, penyelewengan dan kezaliman. Generasi belia perlu berperanan untuk kesejahteraan dan kebajikan semua. [Lihat Video]

Seluruh belia yang masih berada di menara gading perlu menumpukan kemantapan ilmu dan kebijaksanaan, di samping melibatkan diri dengan seluruh perkembangan politik dan masyarakat. Jangan pisahkan daripada reality kehidupan. Generasi belia mesti menjadi golongan yang memimpin bukan hamba yang dipergunakan oleh pihak yang mahu memperbodohkan rakyat. Generasi belia mesti bangkit dengan syaksiah murni dan melangsungkan gerakan  tajdid di masa depan.

Salam sejahtera dan selamat Hari belia untuk semua.

Y.B Mohd Nor bin Hamzah
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu
Adun Bukit Payong