Haji Hussin Awangan Ngah adalah bekas Ahli Jawatankuasa Penyeleras Umno Hulu Besut yang disebut-disebut sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Dun tersebut sebelum ini.
Tiga hari lalu, beliau yang juga Pengerusi Persatuan Bekas-bekas Polis Terengganu, telah dipecat oleh calon BN bagi Dun tersebut, Nawi Muhammad, yang merupakan penyandang kerusi.


Justeru, Huusin Awang Ngah yang dikenali sebagai ‘Hussin Sumpah’ kerana memiliki agensi Suruhanya Sumpah, bertindak naik ke pentas ceramah PAS dan menyerang BN terutamanya Nawi. [Lihat Video]
Di ‘Lembang’nya habis-habisan rahsia Nawi yang dianggapnya sebagai orang yang tidak layak menjadi calon BN pada pilihanraya kali ini kerana menurutnya, Nawi bukan wakil rakyat tetapi mamksa rakyat mengikut kehendaknya.
Antaranya, kata Hussin, perkara yang melibatkan pembahagian tanah ‘rintahan’ penduduk yang telah lebih 30 tahun tidak selesai.
Hussin mendakwa, Nawi mahu mengagih-agihkan tanah yang dirintah pnduduk Hulu Besut hanya seluas satu ekar seorang, sedangkan mereka yang terlibat dengan mengusahakan tanah tersebut begitu lama mempunyai keluasan antara 3 hingga 6 ekar.
[…….berita lanjut meyusul]




























