“Orang Tionghua Bandar Kuala Terengganu Akan Buat Perubahan,”kata Jeffri Chua

1441
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/Jeff%20dun%20bandor.jpg

Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Jeffri Chua berkata, tidak adalag isu perkauman di kalangan orang Cina bandar bahkan mereka sudah mempercayai PAS lebih baik dari MCA dan Barisan Nasional (BN)

“isu perkauman tak timbul doh le ni……….orang (Cina) sudah tahu……..PAS ini orang (Cina) dah percaya dah, dok kira Cina Melayu lah………untuk parti PAS ini (adalah untuk semua kaum),

“macam ke saya lah, aya dari DHPP selalu beritahu mereka, bahawa PAS ini memang (memerintah) dengan adil, saya meyakinkan mereka (dan kini meraka sudah percaya),”ujarnya. [Lihat Video]

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sama-sama menghadiri kuliah maghrib dan motivasi yang disampaikan oleh Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu Ustaz satiful Bahri Mamat, di Markaz Besar DUN Bandar dekat Simpang Tok Ku dekat sini semalam, 16 April.

[Gambar – Jeffri bersama Pengerusi MTD Bandar, Ustaz Ahmad Shah (tengah) dan Ketua Penerangan PAS Dun Bandar, Syed Suhaimi ]

Oleh itu beliau yakin, lebih daripada 50% orang Cina bandar akan membuat perubahan dan mengundi PAS dan Pakatan Rakyat pada PRU-13 kali ini.

“InsyaAllah…….kita akan menang pada kali ini………pada pengalaman saya lah, saya memang round DUN Bandar sokmo doh……saya ingat kali ini (orang) Cina akan buat perubahan…..kalau setakat 50% tu senang….senang lah,”tegasnya.

Justeru beliau menyeru kepada semua pengundi kaum Cina supaya membuat perubahan kerana katanya, harapan yang diberikan kepada MCA sebelum sudah ‘berkecai’ dan MCA tidak boleh diharapkan lagi untuk membela kaum Cina.