Perubatan Percuma Akan Meningkatkan Produktiviti dan Menguntungkan Negara

901
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/dr%20alias%20razak1.jpg

Kesan memberikan perubatan percuma adalah lebih besar kepada produktiviti rakyat dan negara berbanding dengan pemberian BR1M yang dilakukan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Menurut Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Terengganu, Dr Alias Razak, janji tersebut mampu ditunaikan kerana sebenarnya kerajaan Malaysia sebelum era mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah melaksanakannya.

“janji kita berkaitan negara berkebajikan ialah, untuk memberi rawatan perubatan percuma keada seluruh rakyat negara ini yang tidak berkemampuan, khususnya wad kelas tiga dan kelas dua percuma, sebagaimana yang pernah diberikan sebelum zaman Tun Dr Mahathir,”ujarnya

Beliau selaku seorang doktor perubatan berkata, janji tersebut dikemukakan kerana kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat mahu menggalakkan rakyat mendapatkan rawatan kebih awal.

Katanya, tidak akan ada lagi dalam pemerintahan Pakatan Rakyat, rakyat tidak boleh pergi ke hospital dan mendapatkan rawatan awal kerana mereka tidak mempunyai wang untuk membiayai kos rawatan.

“kita (PAS) tak mahu rakyat sakit lewat ke hospital kerana tidak ada duit kerana takut kena bayar dan sebagainya, dari segi perubatan, lebih awal (pergi ke hospital) lebih mudah untuk merawat (penyakit) dan kos rawatan yang ditanggung adalah lebih rendah,”jelasnya.

Selain itu, menurutnya, apabila pesakit pergi lebih awal untuk mendapatkan rawatan ia akan dapat memendekkan masa ‘cuti sakit’ seseorang pekerja awam mahu pun sektor swasta dan pekerja persendirian.

Oleh itu, samada pihak kerajaan, swata atau pun individu itu sendiri tidak akan menanggung ‘rugi’ lebih lama kerana tempoh cuti akibat sakit.

Justeru, janji memberikan perubatan percuma oleh PAS dan Pakatan merupakan suatu pelaburan jangka panjang yang akan menguntungkan rakyat dan negara.