Majlis Solat Hajat Dan Perisytiharan Calon Pada 18 April

926
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/pc%20110413.jpg

Menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, majlis perisytharan calon-calon bagi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen aan dibuat selepas majlis Solat Hajat tersebut.

“pada 18hb April ini, hari Khamis malam Jumaat, lepas solat Isya’ di Rusila…….sebelum solat Isya’ itu kita ada kuliah maghrib khas, yang akan disampaikan oleh (Tuan Guru) Presiden…….lepas solat Isya’ kita adakan majlis solat hajat,

“dan lepas itu Majlis untuk perisytiharan calon,”ujarnya dalam satu sidang media yang diadakan di pejabat perhubungan PAS Terengganu di Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar, di sini, hari ini, Khamis 11 April. [Lihat Video]

Beliau berkata, majlis yang tersebut yang diumumkan sebelum ini akan diadakan pada hari ini ditangguh, berikutan pengumuman tarikh penamaan calon Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hanya akan diadakan pada 20 April.

Katanya, calon-calon yang akan bertanding mewakili PAS akan membuat ‘bai’ah’ atau sumpah pengakuan duhadapan seluruh hadirin, sebaik selesai majlis perisytiharan tersebut.

[Berita lanjut menyusul……..]