Terengganu, Malaysia

Jentera Piliharaya PAS DUN Bandar Seratus Peratus ‘Bersiap Siaga’

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/banner%20markaz%20besar%20bandar.jpg

Pengarah Jentera Pilihanraya PAS DUN Bandar, Ustaz Ahad Shah Mohammad berkata peluang PAS dan Pakatan Rakyat untuk menguasai negeri Terengganu pada pilihanraya umum ke-13 ini amat besar.

“bagi pihak jentera pilihanraya DUN Bandar, kami pada malam ini telah mengangkat banner (sepanduk) menandakan bahawa jentera pilihanraya DUN Bandar sudah bersiap siaga 100% untuk menghadapi pilihanraya kali yang ke-13 (PRU-13),

“dan dengan keadaan itu kami yakin, dengan kesiap siagaan jentera kita di DUN Bandar ini, peluang kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat di negeri Terengganu terbuka luas,”ujarnya. [Lihat Video]

Belau berkata demikian selepas menaikkan sepanduk Markaz Besar Pilihanraya PAS DUN Bandar di Kampung Tok Ku, Chabang Tiga, dekat sini pada Jumaat malam, 5 April.

Beliau meletakkan harapan yang tinggi kepada seluruh jentera dan para pencinta Islam DUN Bandar dalam usaha kempen PRU-13 dan yakin para pengundi di DUN Bandar akan menyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan