Miskin Tegar; Umno-BN Terengganu ‘Pembohong’ Tegar

1166
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/Dr%20Azman%20Ibrahim%20miskin%20tegar.jpg

Namun begitu, menurut Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS Jabi, Dr. Azman Ibrahim, ia adalah hakikat sebaliknya apabila melihat kehidupan sebenar massyarakat di kampung-kampung.

“masuklah menjelajah menyelami kehidupan sebenar masyarakat rakyat kebanyakkan, kita akan menemui hakikat yang menyayat dan menyentuh hati. Masakan tidak, di sebuah negeri dengan bajet tahunan mencecah RM2 bilion setahun,

“masih ada rakyat yang tinggal dirumah kotak, masih ada keluarga yang anaknya terpaksa pergi sekolah secara bergilir-gilir lantaran kesuntukan belanja, masih ada keluarga yang berhari-hari tak merasai nasi, ada yang terpaksa tidur dibasahi hujan disebabkan atap rumah yang bocor,”tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menziarahiwaga emas yang uzur, Imsail bin Dollah, 69 tahun di Kampung Kepala gajah, Jabi, dekat sini pada Jumaat 5 April, 2013.

Katanya, seseorang dikategorikan sebagai ‘miskin tegar’ dengan makna mereka mempunyai bekerja tetapi pendapatan yang diperolehi dalam sehari tidak mencukupi untuk kos hidup hari tersebut.

Oleh itu beliau menggelar ‘Umno-BN’ sebagai pembohong tegar kerana menyelewengkan hakikat sebenar kehidupan rakyat di bawah, demi menutup kelemahan seendiri.

“masih ramai yang ditahap mikin tegar dan dalam soal ini,  jangan menafikan hakikat sebenar yang berlaku, jangan jadi ‘pembohong tegar’ untuk menutup kelemahan dan menafikan penyelewengan mereka dan kelemahan mereka,”tambahnya.